Khas : Motivasi Seorang Murabbi
Gambar 2009 - Pergi beraya di rumah ustaz |
Hari ini, ulangtahun pemergian Al-Marhum
Ust Dahlan Mohd Zain, murabbi saya yang dicintai. Setahun sudah berlalu masa
itu.
Bila teringatkan kembali, kadang-kadang
tertawa seorang diri, kadang-kadang rasa sesal pun ada, rasa sedih pun ada.
Tertawa gembira mengingatkan
kenangan-kenangan bersama ustaz.
Sesal sebab tidak memanfaatkan semua masa
ketika bersama ustaz.
Sedih bila terfikirkan ustaz sudah tidak
ada.
Walaupun tidak lama mengenal Al-Marhum
UDMZ, saya sangat terkesan dengan peribadinya.
Orang yang hebat tetapi sederhana
kehidupannya.
PENGALAMAN TERINDAH, PERIBADI TERHEBAT
Sepanjang perjalanan kehidupan, beliau
adalah peribadi terhebat yang saya pernah temui.
Beliau ketika itu, umurnya sudah 76 tahun.
Saya, baru 19 ketika itu. Bezanya macam datuk dengan cucu.
Tetapi, ustaz tidak pernah memandang itu
semua sebagai satu perbezaan yang menjarakkan saya dengannya. Kebiasaannya,
tidak ramai orang-orang tua yang boleh melayani orang yang umur seperti
cucunya, layan seperti sahabat.
Ustaz orang yang hebat. Ramai yang kenal
beliau, bahkan beliau adalah salah seorang ahli majlis fatwa negeri Perlis,
yang sangat dihormati. Seorang mudir (Pengetua) MATRI pula. Saya sangat segan
dengan ustaz. Tetapi, cara ustaz menyebabkan saya tidak
segan dengan ustaz bila bergaul dengannya.
Ustaz selalu minta saya datang mengurutnya.
Yang saya sangat teruja, bila ustaz selalu call saya seolah-olah macam
saya ni adalah kawannya. Sedangkan, beliau itu adalah orang yang hebat,
mendapat panggilan hormat Dato’ Kaya Bakti. Biasanya, kalau orang-orang
bergelar Dato’, Datin, kalau nak call orang-orang yang tak ada apa seperti saya
ini, biasanya ada pembantu atau orang suruhan yang akan uruskan. Tetapi, ustaz
tetap berperibadi biasa-biasa saja, sederhana.
MOTIVASI UDMZ 1 : PERIBADI YANG MENGESANKAN
Saya pernah kenal dengan ramai orang yang pernah
dididik dengan ustaz. Rata-rata mereka terkesan dengan peribadi ustaz.
Bila ditanya, apa yang menyebabkan mereka mendekati
dan tertarik dengan ustaz. Satu sahaja jawapannya.
Peribadi ustaz.
Lihat ustaz, nampak Islam.
Lihat ustaaz, nampak kehidupan Islam
sebenar.
Ramai yang jatuh hati dengan peribadi
ustaz.
Siapa yang tidak jatuh hati, bila melihat
peribadinya, sudah mencerminkan Islam sebenar.
Pernah suatu kali, saya bersama beberapa
orang sahabat mengadakan rehlah dengan ustaz di kebun nanas ustaz, di Semadong,
Perlis. Ustaz minta tolong untuk bersihkan sedikit semak-semak yang naik di
kebun nanas ustaz itu.
Kami berhenti rehat seketika setelah
kepenatan, duduk masak-masak dan makan-makan bersama ustaz. Ustaz ajar kami
cara mengambil rebong dan memasak. Ustaz ajar kami nama beberapa jenis tumbuhan
yang boleh dimakan, yang kami tak pernah tahupun. Itu satu lagi kehebatan
ustaz. Tahu banyak perkara.
Usai memasak, kami makan bersama-sama. Cuma
ustaz makan sikit sahaja, sebab ustaz tak berapa lalu. Tiba-tiba, ustaz
terjatuh dari tempat duduknya. Gelas yang ustaz pegang dan gunakan untuk minum terjatuh. Habis basah baju ustaz.
Ustaz duduk atas tempat macam kerusi malas. Mungkin kaki kerusi tak dibuka dengan betul, sebab itulah ustaz terjatuh.
Ustaz duduk atas tempat macam kerusi malas. Mungkin kaki kerusi tak dibuka dengan betul, sebab itulah ustaz terjatuh.
Saya jadi terkejut. Berhenti makan, dan
cepat-cepat basuh tangan, untuk bantu ustaz. Tetapi ustaz seolah-olah macam
tiada apa-apa berlaku, dengan nada yang tenang berkata kepada saya:
“Takpa, nta makan dulu. Dah habis, baru nta
tolong ana.”
Padahal, ustaz hari itu bukanlah sihat
sangat. Tambah jatuh pula. Saya jadi kasihan. Tetapi, bila ustaz kata macam
itu, saya jadi begitu kagum dengan ustaz.
Sudah ada dalam kesusahan dan memang
sepatutnya dibantu, tetapi tetap tidak mahu menyusahkan orang untuk membantu
beliau.
MOTIVASI UDMZ 2 : KESUNGGUHAN MENUNTUT ILMU
Sepanjang saya kenal ustaz sehinggalah
masa-masa akhir bersama dengan ustaz sebelum beliau jatuh sakit dan koma, satu
perkara yang cukup menjadi motivasi buat diri saya adalah kesungguhan menuntut
ilmu.
Kelas pertama dengan beliau ketika saya
berada di tingkatan 1. Ustaz ajar subjek Khat.
Sebenarnya, ustaz bukanlah nak tekankan
khat itu sangat. Tetapi, di sebalik ajaran Khat, ustaz ingin menekankan aspek
kesungguhan dalam menuntut ilmu, itu yang lebih penting. Saya ketika itu umur
pun baru setahun jagung, jadi tidak begitu faham apa yang ustaz nak tekankan
sebenarnya.
Yang saya tahu, belajar khat sajalah. Ayat
pertama yang saya paling ingati yang telah diajar ustaz adalah daripada pepatah arab :
“Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, dia
akan memperoleh hasilnya, barangsiapa menanam, dialah yang menuai hasilnya.”
Itu kelas pertama saya. Saya sempat belajar secara formal lagi dengan ustaz ketika di marhalah khassah (tigkatan 6).
Ketika mengajar, ustaz sangat disiplin dan
menekankan adab dan kesungguhan belajar.
Bila bersama dengan ustaz di rumahnya,
ustaz suka berkongsi kisah-kisah lama beliau. Ustaz pernah ceritakan betapa
susahnya kehidupannya dahulu untuk mendapatkan pendidikan.
Ustaz bukanlah dari keluarga yang senang
atau berada. Ustaz daripada keluarga yang susah. Ustaz pernah berhenti sekolah
seketika dahulu, dan menorah getah, sebelum sambung belajar semula.
Selepas dapat peluang untuk sambung
belajar, ustaz teruskan usaha belajar dengan penuh kesungguhan.
Dan kesungguhan ustaz itu telah
diterjemahkan sehingga ustaz menubuhkan MATRI, sebagai membuktikan kesungguhan
beliau untuk membantu masyarakat dalam bidang ilmu ini.
PENUTUP : USTAZ DALAM KENANGAN, SEMOGA SAYA
MAMPU JADI SEHEBAT USTAZ
Cerita tentang ustaz takkan pernah habis.
Banyak motivasi pembangun jiwa bila bersama dengan ustaz.
Ustaz tua, tetapi semangat dan kesungguhan
tetap muda. Bila bersamanya, terasa bersemangat, terasa tercabar dengan
pengalaman dan peribadi ustaz yang sangat hebat walaupun telah berusia..
Satu kekesalan ketika saya sempat
bersamanya adalah pada hari sebelum perkahwinan beliau (hari yang sama ustaz
jatuh sakit dan koma). Ustaz telah menelefon saya seperti biasa untuk datang
dan tolong urut beliau.
Tetapi, hari itu, nada ustaz tidak seperti
biasa-biasa. Kebiasaannya, ustaz akan ajak, kalau ada kerja atau ada hal, tidak
mengapa kalau tak boleh datang. Tetapi hari itu, ustaz seolah-olah begitu sungguh-sungguh
hendak saya datang.
Tambah pula, hari itu memang betul-betul 1
hari sebelum percubaan untuk peperiksaan STAM bermula. Jadi, saya agak berat
hati untuk pergi sebenarnya. Saya ingin gunakan masa berbaki ini untuk
ulangkaji supaya dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan.
Tetapi, hari itu, ustaz seolah-olah hendak
sangat saya datang.
Kata ustaz, “Anta marilah study sini.
Bawa buku, bawa seorang ke dua orang lagi mari study sini. Nta mari na.”
Memang akhirnya saya pergi, tetapi saya
bawa seorang junior yang pandai mengurut untuk mengurut ustaz.
Saya pula, ulangkaji untuk peperiksaan,
tidak sempat bersembang banyak dengan ustaz. Inilah kekesalan terbesar ketika
bersama dengan ustaz, sebab saya tak sempat dan tidak nampak sebab apa ustaz nak
sangat saya datang pada hari sebelum hari perkahwinan beliau.
Pernah sekali saya datang menyapa ustaz
ketika ustaz koma di hospital. Entah kenapa ketika saya hendak melangkah
keluar, sahabat saya yang kebetulan berada di sisi ustaz berkata :
“Ustaz mengalir air mata tadi.”
Entahlah ustaz dengar atau tidak saya
memanggilnya. Ustaz hebat, baik ketika sihat, mahupun ketika sakit.
Ketika koma, doktor yang merawatnya
berkata, ustaz pernah menghidapi serangan jantung sebanyak 3 kali, tetapi
beliau dalam keadaan tidak sedar itu mampu melawan ketiga-tiga serangan itu.
Lihatlah ustaz. Kuat jiwa sebenarnya adalah
rahsia kekuatan ustaz. Kuat jiwa yang datang daripada iman.
Kagum dengan ustaz. Semoga saya mampu jadi
sehebat ustaz!
2 comments:
motivasi seorang murabbi buat seorang hamba yang terlalu dhaif ini.
insha Allah,,Allahu rabbi..
Post a Comment