About

Selamat berkunjung ke laman ::Penyejuk Jiwa::


Nama asal penulis adalah Afdholul Rahman bin Che Ani. Lahir di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Kini menetap di Pulau Pinang Pulau Mutiara. Menamatkan pengajian peringkat menengah di Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI), Tunjung, Beseri.

Aktif mengendalikan dan melaksanakan program-program motivasi, perkhemahan remaja dan seminar-seminar bersama beberapa badan NGO. Pernah bertugas sebagai seorang guru sambilan di sebuah instistusi swasta di Kelantan. Bakal melanjutkan Degree dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan.

Berusaha menjadikan blog sebagai medan perkongsian untuk kembali lebih dekat kepada Allah, sebagai medan peningkatan yang mengesani jiwa dalam melakukan perubahan dan peningkatan.

Beramal untuk akhirat. Bergerak dalam kehidupan untuk menghadapi kematian.

Tidak cukup sekadar bergerak, tetapi kita perlu bergerak dengan peningkatan.
Biar peningkatan itu sedikit demi sedikit (gradually), kerana itulah nature tarbiyah (pendidikan).

"Hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini."

Ketinggian dan kemuliaan bukanlah pada ukuran kekayaan dan keturunan, tetapi pada ukuran keimanan.

Masuk syurga dengan IMAN, tidak dengan material yang kita miliki.
Sebab itu, kerja membangunkan IMAN tidak pernah berhenti hinggalah nafas kita yang terhenti.

Kita membangunkan IMAN untuk membangunkan tempat di syurga. Kalau tidak berusaha membangunkan IMAN, kita akan jadi orang yang lemah keinginan dan rendah cita-cita.

Sedangkan tabiat syurga hanya untuk orang yang kuat keinginan, tinggi cita-cita dan bersungguh-sungguh untuk menggapainya !

Boleh berhubung dengan saya di :

Facebook    =>  Afdholul Rahman Che Ani
Twitter        =>   afdholulrahman
E-mail         => afra_penang91@yahoo.com
                           
Moga perkongsian mendekatkan kita, membangunkan IMAN, mengghairahkan syuur (perasaan) untuk beramal !

[TARBIYAH UNTUK PERUBAHAN]

Yang benar,

~afra~


(AFDHOLUL RAHMAN BIN CHE ANI)
afra_penang91@yahoo.com

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP