Cendekiawan Ilahi
~Jadilah umpama prisma |
Sekarang adalah musim-musim peperiksaan bagi adik-adik UPSR, PMR dan SPM. Dari jauh menembak doa, moga Allah kurniakan yang terbaik untuk kalian. Amin.
Tetapi, musim ini juga adalah musim bermulanya semester baru pembelajaran bagi siswa dan siswa IPT.
Peperiksaan = Menuntut ilmu.
Kedua-dua itu adalah perkara yang cukup sinonim dikaitkan. Menuntut ilmu untuk cemerlang dalam peperiksaan. Kebiasaan hari ini, memang itu adalah orientasi yang sering menjadi ukuran.
Kadang-kadang, orientasi yang sebegini rupa menakutkan kita, kerana melihat ramai ‘cendekiawan-cendekiawan’ yang lahir tetapi kecendekiawanannya itu hanya di atas kertas, di bicara-bicara sahaja.
Berbeza dengan ulama’-ulama’ seperti Imam Syafie, Imam Malik dan lain-lain yang merupakan benar-benar seorang cendekiawan di bidang ilmu dan amal.
Imam Syafie' itu seawal 9 tahun sudah menghafal Al-Quran, bahkan diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun. Tetapi, kedudukannya itu tidak membuatkan Imam Syafie' bangga dengan apa yang dimilikinya.
Jika dibandingkan kita ketika berumur 15 tahun dengan Imam Syafie' ketika berumur 15 tahun, terasa amat jauh sekali perbezaannya.
Ibn Sina, tokoh perubatan di dalam sejarah Islam, telah menghafal Al-Quran pada umur 10 tahun. Bahkan telah dilantik menjadi Doktor Diraja seawal usia 18 tahun.
Sebenarnya, ada matlamat yang lebih tinggi daripada sekadar ingin berjaya dalam peperiksaan. Ada matlamat yang lebih tinggi daripada sekadar ingin mendapatkan kedudukan. [baca seterusnya di LangitIlahi.com]
0 comments:
Post a Comment