Istimewa : Medan Baru Di LangitIlahi (LI)
~ Bersama mereka yang hebat-hebat di depan musolla MATRI |
Hari ini, post khas. Tetapi saya tidak terbitkan di sini. Kalau tidak di sini, di mana?
Hehe.
Hari ini, hari pertama, minggu pertama saya menghantar post @ karya saya di LangitIlahi.com.
Alhamdulillah, Allah mengizinkan untuk bersama dengan barisan penulis yang hebat-hebat. Mereka yang pernah saya kenali sepanjang hidup dan banyak membimbing saya.
Siapa mereka?
Merekalah yang tidak asing lagi. Saudara Hilal Asyraf, penulis novel dan buku motivasi yang sedang meningkat naik namanya. Dan beliau merangkap CEO Syarikat LangitIlahi, senang katanya boslah. Dulu, beliau adalah senior di MATRI yang banyak memberi tunjuk ajar. Sehingga kini pun, saya masih banyak belajar daripada beliau. Beliau menulis di ruangan MOTIVASI.
Saudara ‘Ali Irfan Jamaluddin, senior saya merangkap sahabat yang sangat hebat dan memberi sumber inspirasi kepada saya. Bersama-sama dengannya, terasa subur hati dengan nasihat dan perkongsian bermakna. Abang ‘Ali menulis di ruangan HIMMAH.
Abu Umar @ Cikgu Azmi Bahari, adalah murabbi, muallim saya juga satu ketika dahulu. Saya banyak tersentuh dengan penyampaian beliau yang sangat menusuk kalbu. Perkongsian pengalaman beliau sebagai ‘orang lama’ banyak membangunkan kesedaran untuk bergerak penuh persediaan dalam kehidupan. Lantaran itu yang mungkin menyebabkan beliau diberi ruangan KEHIDUPAN dalam LI.
Abu Ridhwan @ abang Razali Maarof (hehe ), sebenarnya saya selalu panggil dia pak cik je. Tetapi, isterinya orang panggil dengan panggilan ‘kak’, Kak Ha biasanya panggilan untuk isterinya. Maka, dia pun tanya kenapa tidak dia juga dipanggil dengan gelaran ‘abang’. Hehe. Beliau adalah orang yang hebat, sentiasa bersemangat. Bersama dengan beliau, membuatkan saya tercabar dan merasa satu kegentingan dalam kehidupan ini, kita tidak boleh duduk diam untuk membuktikan IMAN. Mungkin kerana semangat kepemudaan yang tinggi inilah, beliau menulis di ruangan PEMUDA.
Ada seorang lagi. Ameen Misran of LangitIlahi. Beliau seorang yang hebat. Pernah satu hari beliau mencabar saya untuk menulis post @ karya saya dalam Bahasa Inggeris. Ya, beliau sangat minat Bahasa Inggeris. Di LI, beliau adalah penulis ENGLISH COLUMN. Semoga lahir siri buku-buku tarbiyah dalam Bahasa Inggeris di Malaysia yang hasil penulisan oleh seorang rakyat Malaysia sendiri. Ameen.
Dan saya sendiri, akan bergandingan dengan Abang ‘Ali Irfan, selaku penulis kedua di ruangan HIMMAH, InsyaAllah.
DOAKAN SAYA, DOAKAN MEREKA
Dalam mesyuarat LI yang pertama di MATRI sewaktu Ramadhan tempoh hari, banyak perancangan-perancangan dan idea-idea untuk membangunkan LI telah dibentang oleh CEO Syarikat, iaitu saudara Hilal.
Idea beliau tidak putus-putus. Sentiasa ada saja. Kagum betul saya.
Dengan lontaran buah fikiran dan pendapat oleh Abu Umar dan Abu Ridhwan yang sangat berpengalaman, menjadikan mesyuarat berjalan dengan baik dan efektif.
Ya. LI semakin hari, semakin banyak projek-projek ummat yang ingin dilaksanakan.
Perlukan tenaga untuk bergerak. Bukan setakat tenaga fizikal, tetapi ia perlukan tenaga IMAN untuk menyokong dan menguatkan.
Lalu, saya sangatlah berharap dan memohon para pembaca sekalian agar terus mendokong dan mendoakan kekuatan saya, dan mereka.
Bukan populariti, bukan kedudukan yang kami cari. Tetapi, supaya dengan adanya LI ini, kita semua, saya, anda dan mereka nanti mampu bersatu hati di Raudhah Ilahi (RI) pula. Hehe. InsyaAllah. Amin. Amin.
PENUTUP : JEMPUTLAH BERSAMA !
Kalau syurga itu bisa dijemput, sudah lama saya jemput kalian, bahkan memaksa kalian agar kita dapat bersama-sama hidup bahagia di dalamnya. Tetapi syurga itu bukan saya yang punya, dan saya pun belum tahu apakah saya ini bakal di sana.
Kita hidup, mampu berusaha. Tetapi usaha, biarlah maksima.
Biar nanti di depan Allah, kita ada jawapan dan bukti yang kukuh untuk membuktikan kita benar-benar BERUSAHA !
Akhir kata daripada saya, jemputlah untuk menikmati post @ karya saya yang pertama di LangitIlahi.com.
Moga bermanfaat. Moga Allah redha. Moga Allah bantu perjalanan ini.
2 comments:
Alhamdulillah, seorang lagi manusia hebat yang bersama menumpahkan ilmu di laman sesawang yang hebat.
syukran bgteh, moga2 menjadi syafaat buat kluarga dan umat Islam di hari muka nanti...
Post a Comment