Ubudiah Yang Berterusan
Sub : Islam Yang Dikehendaki
Ubudiah hendaklah berlaku di mana-mana sahaja dan dalam apa suasana sekalipun.Inilah apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah SWT.Tetapi majoriti masyarakat hari ini masih tidak mengetahuinya.Untuk melahirkan ubudiah pada setiap ketika bukanlah perkara yang mudah tetapi ia bukanlah mustahil.Keikhlasan yang dimiliki hendaklah dibajai dengan kesungguhan dan kesungguhan itu pula digunakan untuk beramal dengan Islam.Bersungguh-sungguh untuk beramal dengan semua perintah Allah SWT dan meninggalkan semua larangan-Nya.Dalam hal ini kita tidak ada pilihan
وَمَا كَانَ لِمُؤۡمِنٍ۬ وَلَا مُؤۡمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥۤ أَمۡرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلۡخِيَرَةُ مِنۡ أَمۡرِهِمۡۗ وَمَن يَعۡصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاً۬ مُّبِينً۬ا. (٣٦
"Dan tidaklah patut bagi mukmin yang lelaki atau mukmin yang perempuan, apabila Allah dan Rasul-NYa menetapkan suatu ketetapan maka ada bagi mereka pilihan(yang lain) tentang urusan mereka.Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata."
Al-Ahzab:36
0 comments:
Post a Comment