Hidup ini pasti tidak akan sempurna, pastinya tidak akan lengkap tanpa Islam.Kita sendiri yang sudah berada di dalam pautan deen yang mulia ini, bagaimana kita memanfaatkan diri kita dengannya? Kehidupan kita ini benar-benarkah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang dituntut dan dibenarkan oleh deen ini?Ataupun kita sekadar bergelar seorang muslim namun hidup kita didominasi oleh isme atau ideologi-ideologo yang lain? Marilah kita kembali meneliti diri.Andai kata kita ini benar-benar seorang muslim, yang mengaku beriman dengan Rabb yang Maha Agung, Allah s.w.t., yang bersaksi di atas kalimah syahadah, maka mari kita menelusuri kembali liku-liku hidup kita selama ini.Ke manakah ia dihabiskan dan dengan aktiviti-aktiviti yang bagaimana ia dihabiskan?
Jika dirujuk kembali kepada firman Allah s.w.t. dalam surah Ali Imran yang bermaksud:
"Sesungguhnya deen (cara hidup) yang hanya diredhai di sisi Allah adalah Islam"
Maka berasaskan kepada firman Allah ini, seharusnya kita bertanyakan diri kita "Kalaulah Islam sahaja yg Allah redhai, kenapa aku mesti hidup dengan budaya-budaya, aktiviti-aktiviti yang bukan datangnya dari Islam?" Apakah kita menuntut kerugian ke atas diri kita dengan mengakui sebagai seorang Islam namun segala aktiviti hidup kita berada di bawah payung kekufuran? Kenapa saya mengatakan seperti ini? Hal ini kerana Allah sendiri telah mengatakan dalam firman-Nya yang bermaksud :
" Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai deen, maka tidak sekali-kali akan diterima dan dia di akhirat kelak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi."
Oleh sebab itu, dalam meniti kehidupan sehari-hari, hidup kita sewajibnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada perubudiahan kita kepada Allah dan acara-acara yang menempatkan ketaatan kepada Allah di dalamnya.Hidup kita perlu sentiasa kita pastikan agar berada di atas landasan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t.Hal ini kerana inilah yang menjamin kebahagiaan hidup kita selamanya.Allah sendiri telah berfirman dalam Kalam-Nya yang agung dalam surah az-dzariyat ayat ke-56 yang bermaksud:
"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada-Ku."
Islam sebenarnya sangatlah berbeza dengan agama-agama yang lain seperti agama Kristian, Buddha dan Hindu.Hal ini kerana Islam itu sendiri sebenarnya bukanlah sebuah agama tetapi ia adalah sebuah cara hidup.Seluruh amalan hidup kita didasarkan kepada Islam.Maka ia akan menjadi ibadah. Ekonomi, politik, pergaulan, sukan, pentadbiran dan semua aktiviti-aktiviti hidup mestilah berasaskan Islam.Maka tidak akan timbullah kekecohan seperti penipuan, penindasan dan sebagainya. Islam tidak seperti agama-agama lain yang sekadar wujud dalam satu atau dua aspek.Islam sebenarnya wujud dalam semua cabang aktiviti hidup kita.
Hidup kita ini sepatutnya sepenuhnya adalah untuk Islam. Dengan Islam, kita akan memperolehi ketenangan, kemuliaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tidak akan sekali-kali kita mencapai keuntungan melainkan dengan Islam. Oleh sebab itu hai saudara-saudaraku sekalian, kita semua sepatutnya memenuhi masa hidup kita dengan aktiviti dan program yang berlandaskan Islam. Dengan syariat ini sahajalah, kita beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Wallahu a'lam.
"Tiada kemuliaan tanpa Islam"
1 comments:
Ya Allah, Kekalkan kami dalam taufiq dan hidayahMu...
Post a Comment