Monday, December 3, 2007

Islam Pilihan Kita

Islam merupakan satu agama yang telah kita akui sebagai ikutan kita.Dengan agama inilah kita diperintahkan hidup dengannya.Hanya dengan Islamlah kita mendapat kebenaran hidup yang hakiki sedangkan selainnya adalah kebatilan dan kepalsuan.

Ta'rifan Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan bermaksud patuh, tunduk dan menyerah kepada perintah Allah SWT semata-mata.Patuh, tunduk dan menyerah ini perlu sedar dari jiwa yang sedar dan insaf, iaitu kesedaran dan keinsafan dalam bentuk memahami ilmu-ilmu Islam yang benar dan sahih.Firman Allah SWT:

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)
" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." As-Syams : 8-10

Manusia diberikan akal untuk membuat pilihan.Bebas untuk memilih dua jalan yang disediakan di mana keputusan daripada pemilihan itu akan menentukan hakikat kehidupan di akhirat kelak.Di sinilah perlu berfikir panjang.... Mereka yang memilih Islam bererti mereka telah menentukan kehidupan mereka di akhirat kelak dengan izin Allah SWT.

Memilih Islam di sini bermaksud ciri-ciri Islam lahir dalam tingkah laku, peribadi, percakapan dan sebagainya yang mempunyai hubungan dengan syara' dan hubungan- hubungan dengan Islam itu sendiri.Maknanya perbuatan seorang Islam itu mewakili keperibadian Islam yang Allah SWT kehendaki.Sekiranya pilihan mereka tidak tepat, iaitu tidak memilih tetapi memilih jalan lain, hasilnya mereka akan mendapat pembalasan dan penderitaan yang hebat daripada Allah SWT. Terpulanglah kepada kita untuk memilih dua jalan ini.Allah SWT telah menjelaskan dua tempat khas akibat kepada pemilihan dua jalan ini.Firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤۡمِنً۬ا كَمَن كَانَ فَاسِقً۬ا‌ۚ لَّا يَسۡتَوُ ۥنَ (١٨) أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلاَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٩) وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُواْ فَمَأۡوَٮٰهُمُ ٱلنَّارُ‌ۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡہَآ أُعِيدُواْ فِيہَا وَقِيلَ لَهُمۡ ذُوقُواْ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ (٢٠)
"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.Dan adapun ortang-orang yang fasiq maka tempat mereka adalah neraka.Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya mereka ikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka"Rasakanlah seksaan neraka yang dahulu kamu dustakan". As-Sajdah : 19-20

Kembali kepada ta'rif Islam iaitu tunduk dan patuh serta menyerah daripada jiwa yang sedar dan insaf untuk memilih jalan yang baik atau buruk.Bagi seseorang muslim, ia bersifat berkorban dalam memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengenepikan jalan-jalan lain.Atas pengorbanan inilah Allah SWT menyediakan balasan syurga.Balasan ini diberi berdasarkan tepatnya kita memilih jalan hidup tadi. Berbeza pula dengan keadaan makhluk Allah SWT yang lain seperti air, pokok, api (selain dari jin dan manusia), patuh, tunduk dan taat mereka kepada sisitem Allah SWT tidak menimbulkan apa balasan buruk atau baik.Ini kerana tunduk, taat, patuh dan menyerah kepada mereka adalah secara terpaksa. Bagi kita peluang untuk memilih disediakan, sama ada untuk tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT atau sebaliknya.Pemilihan ini berdasarkan kesedaran dan keinsafan yang tercetus daripada perasaan keimanan yang bersih melalui iman yang betul dan sahih.Garisan atau perbezaan ini menjelaskan mengapa Allah SWT menyediakan balasan buruk dan baik kepada manusia.Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (١١)

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di muka dan di belakangnya mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka.Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia" Ar-Ra'd : 11

Dengan demikian bagi manusia , jelaslah hanya ada dua pilihan dalam kehidupan dunia ini sama ada dia memilih hidup dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT atau memilih hidup dalam peraturan al-hawa (peraturan yang disusun oleh hawa nafsu manusia). Apabila seseorang itu memilih Islam sebagai agamanya, maka dalam praktik hidupnya ia harus memperjelaskan, mengiklankan dan mempersaksikan dalam segala amal perbuatan walau di mana sahaja ia berada.Tidak kira di pejabat, sawah, sekolah, padang, bilik air dan sebagainya.Biarpun dia seorang pelajar, pensyarah, petani, jururawat, doktor, menteri dan sebagainya haruslah sentiasa berada di atas dasar peribadi Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu lahir dari sifat-sifat patuh, tunduk, taat dan menyerah kepada peraturan hidup Islam, yang telah digariskan oleh Allah SWT. Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan tadi dalam bentuk-bentuknya yang menyeluruh di segenap urusan hidup kita.Pemilihan sebahagian daripadanya tidak dikira sebagai hakikat kepatuhan yang sebenarnya.Firman Allah SWT: وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٨٥) "Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai cara hidupnya, maka sesekali tidak akan diterima darinya (tindakan tersebut) dan ia di akhirat kelak termasuk gologan yang rugi." Ali Imran : 85 Jelaslah di sini hanya sesiapa yang menyerah dirinya sepenuhnya kepada Allah SWT itulah sebenarnya telah menerima hakikat pemilihan Islam.Pemilihan Islam sebagai cara hidupnya dan penghayatannya maka barulah dikatakan bahawa pemilihannya adalah tepat dan betul. Penyerahan ini adalah penyerahan jiwa dan seluruh pancaindera.Bila wujud perasaan sedar dan penyerahan sebegini rupa, InsyaAllah akan lahir corak kehidupan yang dikehendaki oleh Allah SWT.Di mana Allah SWT akan memimpin, mengatur dan memandu serta menunjuki kita corak-corak kehidupan Islam yang sebenarnya. Wallahu'alam.
:: Islam dan Kehidupan::
:: Siri 1 ::

0 comments:

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP