Asas Keimanan
By : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan seperti bersih daripada syirik Khafi dan riya'.Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwamenggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata, memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah, menambahkan penggantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT.
Bila pengertian iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat.Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, dan ketenangan yang meresap di seluruh jiwa.Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi batin seseorang muslim.Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajuah muslim, sinar dapat dilihat pada orang-orang yang beriman sekalipun kulit Muslim itu hitam atau sawo matang.Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini dapat dirasakan lebih manis dari madu.
Sebahagian dari tanda-tanda lahir kemanisan iman ialah kecintaan seseorang mu'min untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya.Janganlah kita merasa pelim dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana lidah dapat merasa kemanisan makanan.Hadith Rasulullah s.a.w. yang mulia telah menyebut:
" Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman:beliau mengasihi Allah dan rasul-Nya lebih dari segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu tetapi kerana Allah"
Sebahagian dari iman yang benar dan ibadat yang sah adalah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan-lintasan ke dalam hati mu'min.Ilham dan lintasan hati itu yang akan menyuluh nalan orang-orang yang beriman , menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.
Kasyaf adalah juga sebahagian dari kesan iman yang benar.Kasyaf yang dimaksudkan di sini adalah Allah membukakan tabir yang melindungi sebahagiandaripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib.Termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan izin Allah SWT.Kasyaf seperti dikenali sebagai firasat mukmin.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Dalam satu athar (kejadian atau kisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Saidina Uthman Affan r.a. telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya:"Salah seorang di kalangan kamu yang masuk sedangkan kesan zina jelas di antara kedua matanya."Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya: "Adakah wahyu turun selepas Rasulullah s.a.w. , wahai Amirul Mukminin?"Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya:"Tidak malah ia adalah firasat orang mukmin".Kesan zina tersebut yang dilihat oleh Saidina Uthman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalam hadith Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara-perkara yang haram.
Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku.Kadangkala perkara ini disebut karamah.Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima dan diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukum hakam, kerana dalil hukum hakam hanya terbatas pada Al-Quran dan As-Sunnah serta ceraian-ceraiannya sahaja.Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.
Sebahagian dari mimpi adalah benar dan sebahagian besarnya adalah karut.Mimpi seseorang yang benar-benar beriman pada ghalibnya adalah benar dan jelas dan memerlukan ta'bir.
Wallahu a'lam.
0 comments:
Post a Comment