Friday, July 29, 2011

Tersenyum Puas !



Hari ini, 28 Julai 2011, saya rasa bahagia sekali. Meskipun sedih untuk meninggalkan sekolah penuh kenangan ini, berpisah dengan anak-anak murid yang saya sayang, namun, jauh di sudut hati saya merasai kemanisan.

Justeru, saya kongsikan sedikit gambar-gambar bersama mereka. 
Biar mereka tersenyum bersama aku ...

Biar mereka duka pun bersama aku ...

Nanti bila saatnya datang...

Kan ku bawa bersama kalian ...

Terbang tinggi ke syurga ...

Biar ku teruskan langkahan ...

Agar nanti ku gagah untuk memapah kalian .
Saya tersenyum puas hari ini, walaupun sebenarnya sedih. Kalau mampu, saya tidak akan berhenti hanya di sini. Tetapi, kerana tugas dan tanggungjawab lebih utama menanti di depan, maka hendak tak hendak, saya dan mereka perlu berpisah.

Ada seorang murid berkata kepada saya, "Ust, saya kenal ust baru beberapa bulan, tetapi macam dah kenal beberapa tahun. Sebab itu, bila ust nak berpindah, saya rasa sedih sangat."

Huhu. 'Feeling' sikit. Hehe.

Sebelum berakhir, sesi persekolahan, ramai anak murid datang minta autograf dan no. telefon. Saya kata kepada mereka, "Nak buat apa ni? Nanti buang juga kertas ni."

Jawab mereka, "Dak, ustaz. Kami tak buang. Nanti kami 'frame'kan."

Huhu. Mantaplah anak-anak murid saya ni. Sebab ramai sangat datang minta tandatangan, saya pun rasa macam artis pula hari ini.

Jadi guru pun dah cukup membahagiakan.


SAYANG KALIAN KERANA ALLAH

Petang itu, ketika masih ada anak murid yang belum pulang, saya sempat pergi dan duduk-duduk dengan sekumpulan murid kelas saya.

Sambil duduk bersembang-sembang, seorang daripada mereka berkata kepada saya, "Ust, jumpa di syurga nanti, ye."

Allah, terusik hati mendengar kalimah itu.

Baru darjah 4, tetapi kata-katanya mengagumkan dan membahagiakan.

Terima kasih. Terima kasih kepada kalian semua.

Sungguh, saya sayang mereka kerana Allah. Moga Allah bangunkan daripada mereka pemuda pemudi yang hebat untuk deen ini. AMIN.


DULU : SEBUAH KENANGAN

Saya masih ingat ketika awal-awal berada di Kelantan. Saya sudah mula risau akan 'slang' utara saya. Bukan apa, di Kelantan, 'slang' Melayunya berbeza daripada negeri-negeri lain. Banyak perkataan-perkataan 'baru' yang saya belajar di sini.

Sewaktu saya masuk kelas tahun 6 untuk matapelajaran Sirah, saya terkeluar juga bunyi-bunyi 'utara'.
Ketawa terus mereka semua. Haha.

Walaupun tidak terlalu pekat 'slang' utara saya, tetapi kadang-kadang terlajak juga.

Malu saya, bila murid-murid dengar. "Ayaq, ust?" 

Haha. Lucu betul bila teringat kembali. Sampaikan ada anak murid saya kata kepada saya, "Ust, ust tak payah kecek kelate la, pelikla bunyi."

Haha. Tersenyum saya mendengar itu.

Tetapi, setelah hampir 7 bulan di sini, saya banyak belajar dan 'improve' diri.

Memang benar, kalau kita tak kenal masyarakat, tidak usaha menyesuaikan diri, maka dakwah itu akan susah untuk berjalan dengan baik.


PENUTUP : BERJALAN TERUS !

Saya sedih dengan perpisahan ini. Kalau mampu, saya tidak akan tinggalkan tanah ini.

Banyak kenangan tarbawi di sini. Mereka membuat saya semakin percaya dan yakin akan usaha tarbiyah ini.

Mereka yang lahir daripada rahim tarbiyah Islamiyah, adalah mereka yang membahagiakan jiwa.

Biar saya akan tinggalkan mereka, namun jiwa saya tetap mekar bersama mereka.

Saya telah mencipta satu puisi sebagai akhir daripada pertemuan bersama mereka. Tetapi, saya dah hantar kertas puisi itu ke Pulau Pinang, rumah saya bersama dengan barang-barang yang saya 'post'kan ke rumah.

Jadi, mungkin saya masukkan puisi itu nanti dalam post yang lain.

Wallahu a'lam. Doakan saya, doakan mereka, doakan kita semua.

Agar kita berjalan terus menuju Allah dengan kejayaan!

Senyum sokmo !

4 comments:

Mu_hD August 3, 2011 at 12:00:00 AM GMT+8  

gaya nta bgambar sama ja..
hehe..
tumpang senyum.. :)

kakza August 8, 2011 at 9:40:00 AM GMT+8  

Assalam...

Akak pernah melaluinya 6 tahun dulu ketika meninggalkan profesyen guru di sebuah sekolah agama....sebulan sebelum bersara...setiap kali menatap wajah2 mereka...sebak rasa dada... nak mengajar pun sampai tak keluar suara...

Unknown August 8, 2011 at 12:11:00 PM GMT+8  

@ Mu_hD :

Haha. Gambar ana yang tu je ada. Pinjam camera orang lain.

Upah tolong tangkap. Nak tangkap sendiri, takde camera.

InsyaAllah suatu hari nanti!

Unknown August 8, 2011 at 12:12:00 PM GMT+8  

@ kakza:

Memang itu syuur (perasaan) yang dititipkan Allah kerana rasa mahabbah dan ukhuwah dengan mereka yang dididik dalam suasana IMAN.

MasyaAllah, nak mengajar pun tak keluar suara?

Hebatlah kakza ni... ^_^

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP