لن نعترف بإسرائيل
Saya kongsikan sebuah nasyid perjuangan. Nasyid yang bertajuk "لن نعترف بإسرائيل" .
Hehe...tu dalam Bahasa Arab. Dalam bahasa Melayunya "Kami Tidak Pernah Mengiktiraf Adanya Israel".
Kata-kata ini telah diucapkan oleh ketua mereka sendiri iaitu, Ismail Haneyyah. Diulang sebanyak 3 kali. Bahkan kata-katanya diikuti pula oleh seorang budak yang masih kecil mungkin dalam 4 atau 5 tahun (kalau tak silap saya) dengan nada yang sama...
Sememangnya Israel tidak pernah wujud. Mereka telah merampas tanah-tanah Palestin dan menjadikan bumi itu sebagai tempat tinggal mereka. Bahkan mereka menghalau, menyeksa dan melakukan pelbagai lagi kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Slogan di kalangan mereka yang berusaha mereka capai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh : "Tiada Israel tanpa Al-Quds, tiada Al-Quds tanpa Haikal (merujuk kepada kuil Sulaiman)"
Kita boleh ambil pengajaran di sini. Musuh berusaha bersungguh-sungguh dengan slogan yang mereka gembar-gemburkan untuk hancurkan umat Islam. Tapi, umat Islam terlalai, terleka dan tak sedar. Bahkan berpecah belah, tidak faham terhadap Islam itu sendiri. Tidak bersungguh-sungguh untuk menghidupkan Islam dan Iman dalam diri.
Musuh bersatu untuk hancurkan umat Islam, kita pula berpecah belah untuk kalahkan mereka...
Muhasabah sebentar...
ADAKAH KITA AKAN MENANG???
Fikir dan koreksi...
Wallahu a'lam.
1 comments:
senang sekali dengan update2 dari anta ....
alhamdulillah di saat kami di sini sedang berjuang dengan peperiksaan (baca:program kebanyakkannya ditangguhkan) , hadir peringatan daripada Malaysia...
kita tidak pernah mengiktiraf Israel!
jazakallah sahabtku
rindu kamu kerana Allah
Post a Comment