Wednesday, September 23, 2009

Bekal TAQWA ( Muhasabah Ramadhan) : Berjaya Atau Tidak ?

Kita baru sahaja melepasi madrasah tarbiyah Ramadhan yang mulia.
Sebuah madrasah yang mendidik jiwa, perasaan dan jasad manusia.
Tarbiyah yang tersedia dalamnya memberi kekuatan iman kepada sesiapa yang benar-benar manfaatkannya.


Hari ini, telah hampir 5 hari Ramadhan pergi... Sedih betul rasanya ...
Tidak tahu bila lagi diri ini boleh jumpa lagi dengan bulan yang mulia ini...
Aduhai, sayang beribu-ribu sayang...!

Rugi besar siapa yang tak manfaatkan Ramadhan yang baru berlalu ni...
Sedangkan Rasul s.a.w. pun pernah bersabda:

"Kalaulah si hamba tahu apa yang ada dalam bulan Ramadhan, nescaya si hamba akan menghendaki sepanjang tahun adalah Ramadhan."

Sebab apa Rasul s.a.w. mengungkapkan sedemikian?
Kerana ganjaran dan peluang yang terdapat dalam bulan ini tidak diberi dalam mana-mana bulan lain pun...

Marilah koreksi diri kita ...
Sepatutnya kita sekarang dah 'berpakaian' seperti seorang graduan univerisiti. Tapi pakaian kita lebih mulia daripada pakaian graduan univerisiti, kita sepatutnya dah memiliki pakaian TAQWA. Ijazah (rollscricpt) TAQWA sepatutnya sudah dalam genggaman kita.

Inilah bekal terbaik sepanjang hayat. Baik hayat dunia mahupun akhirat.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:

"Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAQWA."

Bahkan Saidina Umar pernah bertanya kepada seorang sahabat:

"Apa yang kamu faham tentang taqwa?"

"Pernahkah kamu melalui satu jalan yang dipenuhi ranjau dan duri? Maka apakah yang kamu lakukan ketika melalui jalan tersebut?" tanya sahabat itu.

"Sudah tentulah aku akan berwaspada dan berhati-hati." jawab Saidina Umar.
"Itulah yang dimaksudkan dengan taqwa." kata sahabat itu.

Taqwa akan menjaga diri kita daripada bahaya kemaksiatan dan kemungkaran.
Taqwa jugalah yang selalu akan mendidik kita untuk sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan.
Bahkan dengan bekal taqwa jugalah, syurga adalah jaminan untuk kita, dijauhkan pula kita daripada api neraka.

Jikalau kita ambil contoh sang tentera atau askar, sebelum keluar mereka ke medan peperangan, pelbagai persiapan dilakukan. Mereka mempersiapkan diri, senjata atau alat untuk berperang dan pakaian.
Persiapan diri sebagai contoh meningkatkan stamina fizikal, jaga makan dan minum, dan sebagainya.
Persiapan senjata pula membeli dan membuat senjata, memeriksa fungsi senjata, bekalan peluru dan sebagainya.
Persiapan pakaian pula menyediakan pakaian yang sesuai dalam suasana perang, bukannya sekadar pakai 'singlet' dan 'seluar pendek'. Alamatnya 'kalah sebelum perang' la.

Ramadhan...
Itulah persiapan dan bekalan sepanjang 11 bulan berbaki. Bekalan untuk apa?
Selepas Ramadhan, syaitan dan iblis sudah tidak lagi dibelenggu. Bertambahlah 'jentera' kejahatan. Menghadapi syaitan dan iblis, hawa nafsu dan manusia bertopengkan syaitan.
Sebab itulah dengan natijah taqwa yang diperolehi daripada Ramadhan sebenarnya menjadi perisai (protector) untuk diri kita.

Oleh sebab itulah, mari kita menilai dan post moterm 29 hari Ramadhan yang telah kita tempuhi, adakah kita ini termasuk dalam golongan yang berjaya atau sebaliknya?
Jika kita tergolong dalam golongan yang BERJAYA, maka kebaikan sentiasa mengiringi diri kita sepanjang tahun ini.
Jika tidak, maka rugilah kita...

(Rugi besar orang yang seronok sambut Aidilfitri sedangkan dirinya tidak mendapat keampunan Allah, bahkan dia tidak juga memperolehi taqwa...rugi....rugi...)

Satu hadith Nabi s.a.w. yang selalu diulang-ulang ust ana ketika Ramadhan dulu, (Ust Abd Hadi Osman) yang mafhum bermaksud:

"Siapa yang di dalam Ramadhan Allah tidak kurniakan dia kebaikan, maka tidak adalah kebaikan untuk dirinya selamanya."


Tanyalah iman anda...
Berjaya ataupun tidak?

0 comments:

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP