Friday, January 2, 2009

Antara Kesatuan dan Perpecahan Ummat (Bumi Palestina)

Mengimbau peristiwa yang berlaku ke atas bumi anbiya' baru-baru ini, jiwa ini begitu terasa dengan nasib yang melanda saudara-saudara di sana. Kekadang terfikir, di manalah letaknya sikap perikemanusiaan rejim Yahudi itu? Oh, terlupa pulak! Memang itu sikap diorang kan. Suka mengkhianati janji, berdusta dan pecah amanah. Video klip ini adalah sebagai satu usaha untuk sama-sama membangkitkan kesedaran dalam hati kita terhadap nasib yang melanda saudara seakidah kita di bumi Palestina ini. Saban hari dibedil dan diancam, mereka meneruskan kehidupan dengan penuh sabar dan semangat perjuangan. Bagi mereka, mereka tidak akan pernah berputus asa meskipun seluruh negara Islam di dunia ini tidak membantu mereka.


Tunggulah sampai azab Allah itu datang, maka nasib yang serupa malahan lebih dahsyat akan menimpa orang-orang yang melupakan tanggungjawab terhadap Rabb dan ikhwannya. Timbul rasa takut di hati ini kalaulah bumi yang selama 50 tahun aman ini tiba-tiba ditimpa badai yang serupa. Diseksa, diragut, dirogol, ditindas tanpa penuh belas kasihan. Kita tidak akan pernah dapat menjangka apa yang akan terjadi di masa depan.



Inilah dia satu bukti. Umat Islam berpecah belah, jahiliyah bersatu padu untuk menghancurkan kita....!!!
Deen yang satu masa dulu menguasai dunia dengan penuh kemuliaan kini dipandang hina oleh bukan penganutnya bahkan penganutnya sendiri yang tidak faham erti sebuah kehidupan Islam.
Hari ini terjadilah fenomena ini...
Bukan kerana apa...
Tapi kerana ummat Islam telah terpisah dari Islam dan kehidupan sudah tidak diisi dengan nilai-nilai Islam...




0 comments:

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP