Risaulah Dengan Dosa Yang Menghijab
Jangan sampai dosa menghijab hati kita dengan Allah ! ~Picture by http://mechanicallazarus.deviantart.com/ |
Mundurnya
umat Islam zaman ini adalah kerana terbelenggu dengan dosa dan maksiat. Dosa
bukan lagi satu perkara luar biasa, tetapi menjadi kebiasaan dalam masyarakat
hari ini.
Satu ketika
dahulu, bilamana Abu Zar Al-Ghifari mengeluarkan kata-kata yang mengutuk Bilal
bin Rabah dengan panggilan ‘budak hitam’, setelah ditegur oleh Rasul s.a.w.,
beliau cepat sekali terasa begitu bersalah sekali dengan apa yang dilakukannya
sehingga beliau sendiri meminta Bilal memijak mukanya untuk membalas
tindakannya itu kepada Bilal.
Bahkan,
zaman itu, susah sekali untuk dijumpai orang yang berzina. Kalau ada yang
berzina, mereka datang mengaku kepada Rasul s.a.w. Walaupun sebenarnya, tidak
menjadi masalah kalau mereka tidak berjumpa dengan Rasul s.aw. dan bertaubat.
Tetapi,
kerana iman yang ada pada diri mereka, menyebabkan mereka rasa diri mereka
begitu berdosa sekali, sehingga meminta Rasul s.a.w. menghukum mereka.
KITA,
DI MANAKAH HILANGNYA SENSITIF TERHADAP DOSA
Saidina
Umar adalah antara para sahabat Nabi yang cukup berhati-hati dalam memelihara
dirinya dan rakyatnya daripada dosa.
Suatu kisah
yang sangat maaruf dalam kalangan kita, ketikamana Saidina Umar mengadakan
lawatan secara senyap untuk melihat keadaan hidup rakyatnya pada waktu malam.
Bila tiba di sebuah rumah, didapatinya ada seorang wanita sedang masak sambil
anak-anaknya menangis teresak-esak menanti penuh kelaparan akibat sudah tidak
makan beberapa hari.
Rupa-rupanya,
suami kepada wanita itu adalah salah seorang tentera yang dihantar oleh Saidina
Umar dalam sebuah peperangan. Saidina Umar berasa sangat berdosa kerana
membiarkan keluarga itu dalam keadaan
begitu. Sehingga beliau sendiri yang mengangkat barang makanan dari gedung makanan
untuk diberikan kepada wanita itu.
Tak cukup
dengan itu, beliau meminta lagi daripada wanita itu agar tidak mendakwanya di
akhirat atas kesilapannya itu.
Sensitifnya
beliau dengan dosa. Bahkan ketika beliau menghantar satu batalion tentera
Islam untuk berperang, beliau telah berpesan kepada panglimanya, iaitu Saad bin
Abi Waqas :
“Aku
memerintahkan kamu dan mereka yang bersama-sama dengan kamu supaya menjauhkan
diri dari maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera
Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Sesungguhnya orang Islam
telah mendapat pertolongan Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh, jika
bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi bagi orang-orang Islam.”
Maka,
dengan kerja kerasnya Umar dan para sahabat Nabi menjaga diri mereka daripada
dosa, apa yang telah Allah anugerahkan untuk mereka di zaman itu?
Allah
tundukkan dunia di tangan mereka.
Allah tundukkan dunia di tangan mereka.
KETIKA
DUNIA MENGUASAI JIWA KITA
Berbeza
pula dengan kita hari ini. Ketika dua kuasa besar ditundukkan di bawah
pemerintahan Umar, kita pula hari ini terpaksa tunduk kepada jahiliah yang
menjadi kuasa besar dunia.
Kita
terpaksa tunduk dalam banyak aspek. Dalam gaya hidup, ramainya antara kita yang
berkiblatkan Barat. Apa-apa sahaja ideologi baru yang diasaskan oleh Barat,
cepat sahaja tersebar dan meresap ke dalam budaya hidup masyarakat Islam.
Ketika
Barat menghalalkan cinta dengan berpegangan tangan, berpelukan sebelum kahwin,
masyarakat kita pun melihat itu adalah suatu yang baik juga.
Ketika
Barat merayakan Valentine sebagai hari kekasih sedunia, sebahagian umat Islam
terkinja-kinja ikut merayakannya yang tanpa sedar telah mengundang dosa.
Kita lemah
kerana dosa-dosa dan maksiat yang mengiringi kita.
Kalau suatu
ketika dulu, Allah tundukkan dunia ini untuk generasi awal Islam, tetapi hari ini
Allah membiarkan kita tunduk kepada dunia kerana jiwa kita telah dikuasainya.
Bagaimana mungkin kita mampu menguasai dunia,
sedangkan kita pun sama sahaja dengan orang yang bukan Islam, tidak
berhati-hati dalam menjaga diri daripada dosa.
Mereka bermaksiat dalam keadaan mereka yang tidak Islam, tetapi kita bermaksiat
dalam keadaan kita telah menerima Islam. Manakah yang lebih teruk antara kita
dengan mereka?
Sudah
tentulah kita.
Sebab
itulah, Allah menyekat dunia ini daripada berada di bawah genggaman kita kerana
bilamana kita tidak berusaha menjaga diri daripada dosa, kita sebenarnya
menjadi lebih teruk dari mereka.
PENUTUP
: RISAU DAN TAKUTLAH DENGAN DOSA
Tentera-tentera
pemanah dalam Perang Uhud yang mengingkari perintah Rasul s.a.w. dengan turun
dari bukit Uhud itupun telah mengakibatkan Allah menguji mereka dengan sedikit
kekalahan dalam perang itu, bagaimanakah kita yang lebih besar dosa dan maksiat
kita kepada Allah?
Telitinya
para sahabat Nabi s.a.w. dalam menjaga diri mereka daripada dosa, tetapi
longgarnya kita di zaman sekarang dalam memandang dosa.
Memang
tidak dinafikan kita semua tidak akan terlepas dari dosa. Tetapi, bukan
mudah-mudah begitu sahaja untuk kita terjatuh dalam dosa. Sebab itu Allah
kurniakan akal dan hati kepada kita supaya kita berfikir dan menilai baik buruk
sesuatu perkara sebelum melakukannya.
Teliti dan
rasa Allah sentiasa ada memerhatikan kita. Itu yang perlu dalam diri.
Bila kita
ringan-ringan dengan dosa, maka Allah nanti akan ringan-ringankan jalan kita ke
neraka. Tetapi bila kita teliti menjaga diri daripada dosa, maka pastinya Allah
akan mudahkan jalan menuju syurga.
Risau dan
takutlah dengan dosa.
Kerana
dosalah, kaum Ad dan Tsamud dibinasakan.
Kerana dosa
jugalah, Allah menghukum bani Israel menjadi kera.
Kerana dosa
jugalah, Allah menghilangkan rasa gerun dari musuh kita terhadap kita.
Bangunlah
dari kehinaan dan bersihkan diri dari kotoran dosa !
1 comments:
Allah !!
Syukran Afdholul =)
Semoga Kita jauh dr perbuatan Maksiat
Post a Comment