Thursday, November 11, 2010

Perkongsian : Facebook dan Saya



Pagi itu, saya buka internet macam biasa, singgah ke laman Facebook untuk tengok komen-komen terbaru yang masuk di wall saya.

Ada beberapa komen baru. Takpa, saya membaca sekejap.

Kemudian, saya klik di 'News Feed' dan melihat status update rakan-rakan maya di FB. Ada komen yang menyenangkan dan meransang untuk kebaikan, alhamdulillah.
Melihatnya membahagiakan hati dan terdorong hati untuk melakukan kebaikan.

Namun, ada juga komen-komen yang menyakitkan hati saya. Komen-komen yg tiada unsur kasih, hormat, bahkan menambah bisa di hati serta tidak ada dorongan untuk kebaikan langsung !
Komen-komen yang  bersifat pentingkan diri, benci, berunsur hedonisme serta menjemukan ! [ Read more... ]



Alam maya yang berteraskan hedonisme, tidak bertunjangkan IMAN, maka ia mendekati jurang kehancuran.


FACEBOOK, FACEBOOK DAN FACEBOOK...

Saya akui, FB memang sebuah laman sosial yang telah dicipta oleh orang bukan Islam.
Ya. Memang ia sebuah laman sosial.

Laman sosial itu untuk siapa dan apa kegunaannya?
Anda fikirkan soalan ini. Kita akan jawabnya kemudian.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Facebakers, Malaysia menduduki tempat ke-16 daripada 213 buah negara yang menggunakan Facebook. Apa maksudnya tu? Maksudnya, Malaysia ni antara negara yang penduduknya paling ramai menggunakan FB. Lebih 8 juta penduduk Malaysia menggunakan Facebook.

Pembahagian Penggunaan Facebook Mengikut Umur Di Malaysia
Utusan Malaysia Online pernah mengeluarkan kenyataan daripada pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg yang menyatakan dalam akhbar pada 16 Julai 2010, bahawa penggunaan rangkaian sosial dalam talian itu telah meningkat kepada 250 Juta orang !

MasyaAllah, ramai tak ramainya pengguna FB ni...

Ini statistik penggunaan yang dikeluarkan oleh FaceBakers. Bukan rekaan saya.

Betapa ramainya pengguna FB. Anda lihatlah...Dan mungkin anda juga adalah salah seorang daripadanya.

Ya, tidak dinafikan. Saya juga menggunakan FB. Namun, saya ada sebab yang munasabah bagi diri saya untuk gunakan FB ini.


REALITI PENGGUNAAN FACEBOOK

Anda pernah lihat motosikal menunggang seorang manusia?
Eh, tak ke pelik bunyinya tu kan...
Mana ada manusia ditunggang oleh motor, manusia tunggang motor ada la...

Itulah contoh penggunaan FB yang salah, perumpamaannya macam itu jugala.
Orang yang sengaja mencari susah, mencari penyakit sedangkan ia boleh digunakan untuk memudahkan dan menyenangkan perjalanan kita.
Itulah perumpamaan dunia sebenarnya. Apabila kita mengawalnya dan menunggangnya, maka ia tidak akan ambil kesempatan ke atas kita. Tetapi bila kita biarkan ia menunggang dan mengawal kita, maka datanglah kerosakan dan kefasadan bertimpa-timpa.

Dalam FB hari ini, majoriti yang menggunakannya adalah anak-anak muda.

Alhamdulillah, yang memanfaatkan FB ini untuk ibadah, kegunaan syarikat dan kerja-kerja kebajikan, maka teruskanlah dan sentiasalah berhati-hati.
Tetapi yang menggunakannya tanpa kawalan dan bimbingan, seperti untuk tujuan bersosial semata-mata yang tiada batasannya, untuk mencari teman maya dan sebagainya yang tiada hujung pangkalnya, maka saya fikirkan anda perlu muhasabah semula.

Saya tidak maksudkan kawalan dan bimbingan itu dari LUARAN semata-mata. Kawalan dan bimbingan DALAMAN itu lebih penting dan berkesan.

IMAN. Itulah satu-satunya perisai berkesan menahan diri daripada melakukan dosa.
Namun, suasana yang ada pada hari ini tidak menuju ke arah pembentukan iman.
Jadi, segala-galanya adalah tidak selamat bila tidak dipandu oleh iman.
Internet yang diumpamakan dunia di hujung jari ni pun bakal terlepas dan jatuh apabila tiada panduan IMAN.

Tayang gambar yang tidak menutup aurat, mendedah keaiban orang di merata-rata, mengeluarkan kata-kata yang tiada unsur kasih dan hormat, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batasan, pentingkan diri serta banyak lagi penggunaan-penggunaan sumbang dalam Facebook.

Saya tidak risau jika yang melakukan sebegitu rupa adalah bukan Islam, tetapi sebaliknya. Anak-anak muda Islam yang lebih ramai menggunakan FB tanpa batasan dan sibuk 'mempromosi' dosa di FB sendiri !
Astaghfirullah...


'FACEBOOK UNTUK IBADAH'

Mari war-warkan syiar ini serta praktisnya di FB kita.
Kita tidak mahu satu detik pun dalam kehidupan kita sia-sia.
Lalu, masa yang kita habiskan di depan komputer untuk FaceBook kita juga, kita tidak mahu biarkan ia sia-sia tanpa ada nilai tambah untuk kita di depan Allah SWT nanti.

Allah SWT telah sebutkan dalam Al-Quran, surah Adz-Zariyat, 56 yang bermaksud:

"Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk memperhambakan diri kepada-Ku."

 Bahkan dalam surah Al-Bayyinah juga telah Allah nyatakan yang bermaksud:

"Dan tidaklah disuruh kamu melainkan untuk menyembah Allah dalam keadaan ikhlas terhadap Islam."

Itulah kuncinya. UBUDIAH atau IBADAH.
Seluruh hidup kita nak dijadikan ibadah kepada Allah, maka syariat hidup mestilah bertunjangkan REDHA ALLAH.
Kita buat apa pun untuk mengejar redha Allah.

Tidak ada ruginya apabila kita jadikan FB sebagai wasilah ibadah kita kepada Allah.
Malah berlipat kali ganda keuntungan yang kita perolehi.

Kenapa saya berkata begitu?
Ya. Anda bayangkan, setiap kali manusia masuk ke FB anda, dia mendapat kata nasihat dan perangsang untuk menjadi lebih baik dan menjadi hamba yang taat kepada Allah, maka anda sudah peroleh saham 'free' ketika itu.
Tambah lagi, jika anda letakkan gambar kehidupan yang baik-baik, yang memberi contoh kehidupan Islam kepada orang lain, apabila orang lihat, tertarik dia pada keindahan dan kesempurnaan Islam,lalu dia mempunyai keinginan untuk mendekati Islam, maka anda juga telah mengutip saham untuk diri anda.

Tidak rugi, kan?
Mari ber'FaceBook' untuk akhirat !





Rujukan:

Ust Zaharuddin - Dosa-dosa & Facebook

9 comments:

Syed Ahmad Fathi November 11, 2010 at 4:34:00 PM GMT+8  

Yes! saya tak termasuk dalam statistik.

Unknown November 11, 2010 at 5:15:00 PM GMT+8  

@ Syed Ahmad Fathi : takde dlm statistik pun bahaya jugak tu, hehe...Bahaya utk dakwah, tak menang tangan dgn jahiliah, hehe...

naim November 11, 2010 at 6:38:00 PM GMT+8  

salam, sarana saya artikel ini diposkan juga untuk siaran tabloid I Luv Islam. Selamat maju jaya.

afra_penang91 November 11, 2010 at 9:59:00 PM GMT+8  

@ naim : tafaddhal...takde masalah. cuma kreditkan kpd pemiliknya. wallahu a'lam.

Unknown November 12, 2010 at 7:23:00 AM GMT+8  

syukran atas perkongsian

stzlh_zh November 12, 2010 at 12:27:00 PM GMT+8  

salam...sy pun rasa patut d siarkn d ILI...biar semua orang tmbah sedar....

Anonymous November 12, 2010 at 10:11:00 PM GMT+8  

salam..saya minx izin share post nih di fb..insyaAllah boleh saling dsampai2 kan..thanx

fiqah alias November 12, 2010 at 10:18:00 PM GMT+8  

salam..tidak salah kita gunakan fb atau mana2 laman sosial asalkan tidak menyimpang drpd jalan kebenaran...fb juga sebenarnya boleh dijadikan salah satu medium dakwah kalau betul caranya..wallahu'alam..sekadar pendapat..

Unknown November 12, 2010 at 10:24:00 PM GMT+8  

@ anonymous : silakan...utk kepentingan dan kebaikan bersama. moga Allah redha

@ fiqahalias : betul tu...FB adalah salah satu dari medan dakwah. Perlu dimanfaatkan sebijak yang mungkin.

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP