Wednesday, March 17, 2010

Khas Buatmu Sahabat....


Buat saudaraku serta sahabatku,
Yang ku cintai dan kasihi selamanya kerana Allah,
Pengorbanan dan Ketabahanmu mengagumkanku,
Kekuatanmu memberi inspirasi padaku,
Untuk aku terus berdiri dan berjalan.

Moga Allah teguhkan dirimu,
Sahabat-sahabat juga diriku,
Untuk terus ikhlas di atas jalan ini,
Kerna jalan inilah menyatukan kita,
Kerna jalan ini juga kita mulia.

[Khas buat saudara dan sahabatku, kiranya aku berada di tempatmu....]

                                             Ceria dan peramah....

Sudah beberapa tahun rasanya, mengenali dan bersahabat dengan insan hebat ini, Muhammad Suhaib bin Mohd Shapiee. Bukan senang bertemu dengan sahabat seperti dia. Beberapa tahun bersama dengan beliau, memang saya dan sahabat-sahabat sudah mengenali dan akrab dengan beliau.

Berwajah ceria. Bersemangat. Baik orangnya.
Banyak juga masa yang dihabiskan saya bersama dengan dia dalam masa beberapa tahun ni. Kami merancang bersama. Berprogram bersama. Bahkan pernah menjadi teman sebilik, warden dan guru sambilan di sekolah yang sama sebelum menunggu keputusan SPM.

Dalam masa itu, banyak suka duka, susah senang dikongsi bersama. Beliau memang insan yang mudah memahami dan suka memudahkan orang lain. Inilah hebatnya insan yang lahir daripada celupan tarbiyah Islamiyah. Sentiasa berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan suka membantu. Sebab itu, ramai yang senang akrab dengan beliau.

Saya kenal beliau juga sebagai seorang abang yang penyayang dan bertanggungjawab pada adik-adiknya. Saya pernah terdengar perbualannya melalui telefon satu ketika dulu, mungkin dengan adiknya, katanya "Along sayang semua adik-adik along."
Memang benar, beliau seorang yang menyayangi adik-adiknya.
Adik-adiknya pun rapat dengan beliau. 2 adik lelaki, 3 adik perempuan. Adik lelakinya, Utbah dan Umair, memang saya kenali mereka.

Entahla...                                                                                                              
Kalau nak cerita, terlalu banyak...
Post ke berapa entah baru akan habis...   
                 
Suhaib memang antara orang yang aktif berprogram. Baru-baru ini, beliau mengikuti sebuah perkhemahan di Perlis, beliau bertugas sebagai warden, menguruskan bahagian penginapan peserta. Memang dilaksanakan amanah yang diberi kepada beliau itu dengan penuh bertanggungjawab.


Hari pertama berlalu...
Hari kedua...
Dan hari yang seterusnya...

Entahla...saya rasa begitu berat menulis...
Bukan kerana malas, tapi ....
Allah saja yang Maha Mengetahui...
Tak dapat tahan lagi.....

Minta maaf....tak dapat teruskan.
Mintalah DOA daripada semua sahabat, saudara, yang pernah mengenali beliau.
Baru saja menziarahi beliau, ternyata beliau memang seorang yang kuat dan tabah.
Beliau minta kita semua doakan beliau.


Hampir saja mengalir air mata saya ketika tangan kiri beliau menggenggam erat tangan saya sambil memberi isyarat melalui tangan kanan seolah-olah ingin memberitahu, "Jangan risaukan ana. Ana OK. Jangan lupa doakan ana."
Dalam keadaan begitupun, masyaAllah....
Anta memang kuat, Suhaib...
Moga Allah terus bagi kekuatan dan kesejahteraan pada anta....
Pada sahabat-sahabat lain, moga Allah balas kebaikan antum.
Sokongan dan dorongan daripada antum amat ana hargai.
Jangan risau,
Teruslah berdoa untuk sahabat ana, Suhaib.
Moga Allah redha pada kalian.

6 comments:

Unknown March 18, 2010 at 1:34:00 AM GMT+8  

Assalamualaikum,
'Orang Islam sentiasa beruntung, ketika ditimpa musibah ,mereka bersabar; ketika diberi rahmat mereka bersyukur.
Bagi pejuang,rijal untuk deen mereka bijak mengutip bekalan yang diatur oleh Allah baik dalam bentuk kejayaan, keuntungan atau pun musibah, kegagalan atau kesengsaraan...semuanya persediaan untuk menguatkan jiwa..
Hari-hari depan menuntut jiwa yang kuat..terus MARA..suburkan ruh jihad di dada.

nur3izz March 18, 2010 at 1:35:00 AM GMT+8  

Moga Allah kuatkan anta, Afdhol!
Moga Allah mengasihani Suhaib!
ALLAH TAHU!!
Ya Allah, bantulah kami!

bangzai08 March 18, 2010 at 8:51:00 PM GMT+8  

allahuakbar..

anta beruntung...
anta beruntung...
anta beruntung...
anta beruntung...

saza s March 18, 2010 at 10:05:00 PM GMT+8  

hatiku terkunci dengan kesyahduan cintamu.Sungguh aku rindu,rindu pada suatu pertemuan, suatu perhubungan,aku rindu pada wajah-wajah yang selalu terbayang di dalam doaku siang dan malam tetapi....

inilah harga yang perlu kubayar tatkala terbang jauh meninggalkan mereka,tetapi aku tahu andai datang segala dugaan yang menimpa kalian tetap terus tersenyum di sana meskipun aku tahu ingatkah kalian padaku

aku tidak pernah lupa pada kalian
Allah juga tidak pernah lupa pada kalian
Allah sentiasa sayang kita
ana sentiasa sayang kalian

rindu dan air mata

naeem qomar March 25, 2010 at 8:46:00 AM GMT+8  

wahai sahabt...daku sentiasa berada di belakangmu utk menyokong mu walaupun kelibat aku tidak kelihatan...bayang aku tidak terasa tp sesungguhnya aku sentiasa berada disisimu...moga Allah permudahkan urusan kita bersama

atifgazali@gmail.com March 28, 2010 at 7:18:00 PM GMT+8  

sabar!

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP