Menghikmahkan Bahasa Lidah
Bagaimana menghikmah bahasa lidah? ~ Picture by http://zinoi.deviantart.com/ |
Cakap
dengan buat adalah dua perkara berbeza.
“Mad
jangan merokok. Ayah nampak Mad merokok je, siaplah Mad.”
Pada hari
yang lain pula, “Ayah, hari tu ayah tak bagi Mad merokok. Kenapa ayah
pula yang merokok?”
“Ah,
kau diamla. Kau tu budak lagi. Apa kau tahu? Aku orang tua. Lain.”
Nampaknya
si ayah memiliki dua karakter berbeza dalam diri.
Bahasa ‘lidah’ dan bahasa ‘badan’ yang tidak
senada.
Si anak
sudah mula keliru dalam menentukan nilai.
‘Baik ke
buruk sebenarnya rokok ni?’ Dan ia akan lebih cenderung kepada bahasa badan biasanya, kerana itu
lebih dekat dan jelas di matanya berbanding bahasa lidah yang mudah sekali
dilupakan.