Puisi : Letih Dengan Dunia
Hari ni, saya masukkan semula sebahagian koleksi puisi saya. Moga bermanfaat !
~ ^_^ ~
Puisi Letih Dengan Dunia
Terasa ingin menjerit,
Memberitahu pada semua,
Betapa aku sudah terlalu perit,
Hidup dalam muslihat dunia.
Terasa ingin melaung sekuatnya,
Biar dunia tahu apa yang ku rasa,
Betapa aku ingin keluar dari kesempitan yang melanda,
Agar bisa ku kecapi tenang di jiwa.
Terasa ingin memberitahu semua,
Betapa letih sudah aku dengan dunia,
Tetapi ku tahu cukuplah dengan ada Dia,
Untuk aku kongsi segala.
Ingin ku cerita pada semua,
Bahawa aku telah hampir berputus asa,
Betapa kesibukan dunia telah memerangkap jiwa,
Tetapi di sebalik semua,
Masih ada ketenangan yang ku dapatkan dari Dia,
Untuk aku terus bangun dari kecewa.
~[130112]~
Irbid
Puisi Letih Dengan Dunia
2205 (Jordan)
3 comments:
menarik awak =)
sye sendiri rse kerdil dgn diri.. huhu..moga Allah sntiasa membri kekuatan buat diri ini.. Amin.. dan juga buat awak dalam memperjuangkn agama Allah..
Subhanallah..
best2 puisi, teruskan berkarya sbb karya anda amat bernilai.. (=
Assalamualaikum.
Salam ziarah.
Hmmm..sedikit persoalan dari follower blog ini...
-Adakah apabila kita merasa letih dengan dunia, maka kita perlu bersendiri?
~TarbiyahMu Indah
Post a Comment