Jaket Cinta
Pada skala apapun, cinta di jalan Allah tetap berbeza dan luar biasa ! ~Picture by http://roadkillromance.deviantart.com/ |
“Nah,
ambillah. Ni hadiah untuk nta (kamu).”
“Untuk
ana (saya). Betul ke ni? Macam tak percaya je? Betul ke nta bagi ana ni?”
Macam tak
percaya pula saya. Kami baru pulang dari beli-belah hari itu. Seorang sahabat
saya yang baru sahaja membeli sebuah jaket dengan harga yang mahal ketika
membeli-belah bersama sebelum ini, tiba-tiba menghadiahkan jaket itu kepada
saya.
Memang
ketika itu, saya sedang mencari satu jaket yang sesuai untuk saya. Tak sangka
pula dengan begitu mudah dia menghadiahkan saya jaket mahal itu.
Saya jadi
terharu. Menyesal pula saya bila terfikir yang saya pernah mengungkit-ngungkit
dalam nada melawak dengan apa yang pernah saya berikan pada dia suatu ketika
dahulu.
Tetapi,
hari itu saya jadi terharu. Dia hadiahkan jaket itu tanpa berkata atau
mengungkit apa-apa.
HADIAH
YANG MAHAL DALAM PERSAHABATAN
Bukanlah
jaket itu hadiah termahal walaupun harganya memang mahal pun. Tetapi harga
termahal dalam persahabatan ketika berukhuwah di jalan Allah adalah ketika kita
memberi apa yang paling sayangi kepada sahabat kita.
Memang
benar. Walaupun kadang, hadiah itu tidak mahal, tetapi apabila kita beri hadiah
itu dengan kasih kepada sahabat kita kerana Allah, menyebabkan pemberian itu
memberi kesan kepada sahabat kita.
Saya masih
ingat, ketika di sekolah dulu, saya pernah menerima makalah-makalah kecil,
surat-surat dan kad-kad nasihat daripada senior saya terutamanya Brohamzah @ ‘Ali
Irfan Jamaluddin dan Hilal Asyraf.
Walaupun
yang saya terima itu kadang-kadangnya cuma nasihat dan kata semangat dalam
kertas warna biasa yang dipotong kecil, tetapi saya cukup menghargai pemberian
itu. Sebab itu, saya suka simpan pemberian orang walaupun sekecil kertas-kertas
nasihat dan kata semangat itu.
Kenapa?
Kerana
pemberian itu bukan semata-mata pemberian biasa. Tetapi pemberian itu datang
bersama dengan cinta kerana Allah.
“Saling
memberilah hadiah di kalangan kamu, nescaya kamu akan saling mencintai.”
[HR Thabrani]
Kalau ada
bukti yang tidak hancur ketika di dunia ini, nanti di akhirat, saya mahu
jadikan semua ini sebagai bukti kasih sayang kami di jalan-Nya. Kurang-kurang,
kalau tidak ada amal-amal lain yang dapat menyelamatkan saya, masih ada bukti
kasih sayang kami di jalan Dia yang mampu menyelamatkan saya di depan-Nya.
TIDAK
CUKUP SEKADAR MENERIMA, MEMBERI UNTUK MERASAI
Dalam
persahabatan, tidak cukup hanya sekadar melafaz kata manis semata-mata. Juga
tidak cukup dengan hanya hidup bersama, makan bersama, tidur bersama dan
bermusafir bersama. Tidak cukup dengan hanya sekadar itu.
Ukhuwah
fillah ini nilainya pada kesanggupan kita untuk memberi dahulu kepada saudara
kita yang kita cintai. Bukan hanya tunggu sekadar menerima, tetapi belajar
untuk memberi dan menghargai.
Ingatkah
lagi satu peristiwa yang cukup masyhur ketika peristiwa hijrah?
Ketika mana
golongan Ansar berebut-rebut untuk mengambil golongan Muhajirin sebagai saudara
mereka.
Contoh yang paling masyhur iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Saad ibn
Rabi’.
Apa yang
mendorong Saad untuk sanggup mengorbankan segala apa yang ada pada dirinya
untuk Abd Rahman yang tidak pernah dia jumpa dan kenal pun sebelum itu?
Sehinggakan salah satu isterinya pun ditawarkan kepada Abd Rahman bin Auf,
bahkan bukan beliau yang memilih, tetapi beliau minta Abd Rahman sendiri yang
memilih.
Mereka, generasi
awal Islam telah merealisasikan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
“Tidak
beriman seseorang itu sebelum dia mencintai saudaranya sebagaimana dia
mencintai saudaranya sendiri.”
[HR Bukhari]
Hebatnya
kasih sayang di atas iman.
Satu lagi
peristiwa adalah ketika seorang sahabat Nabi menerima seorang tetamu. Beliau dan
keluarganya tidak mempunyai bekalan makanan yang cukup. Kalau ada pun, hanya
cukup untuk seorang sahaja. Kebetulannya kedatangan tetamu itu, makanan yang
ada cuma itu.
Apa yang
dilakukan oleh sahabat itu dan isterinya?
Ditidurkan
anak-anak mereka, digelapkan rumah seolah-olah rumah mereka telah kehabisan
minyak pelita. Hidangan disediakan seperti biasa. Di dalam pinggan tetamu itu
diletakkan makanan yang mereka ada itu, sedangkan di atas pinggan sahabat Nabi itu sebenarnya tidak ada apa-apa. Untuk meraikan tetamunya, beliau duduk dan
berpura-pura makan bersama.
CINTA
DI JALAN PERJUANGAN ADALAH BAYANGAN-BAYANGAN KEINDAHAN
“Nak
tahu apa yang paling indah ketika berjalan menuju Allah ini?”
“Apa?
”
“Cinta
di jalan ini.”
Kita semua
sedang berjalan menuju Allah. Dalam perjalanan ini, pastinya kita akan berdepan
dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Kadang, dugaan menghentikan kita untuk
sementara. Kadang ujian membuatkan kita menitikkan air-air mata keperitan.
Tetapi, di
tengah kesusahan dan kesukaran yang begitu, selain Allah yang bersama kita,
maka sahabat adalah pengisi ruang-ruang kosong yang ada di dalam jiwa kita.
Di tengah
keperitan hidup, masih ada sahabat ingin yang menjadi teman meskipun dari
kejauhan.
Di tengah kedukacitaan yang tiada taranya, masih ada yang sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar segala kesedihan kita.
Di tengah kedukacitaan yang tiada taranya, masih ada yang sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar segala kesedihan kita.
Memang
Allah itu sentiasa ada untuk kita mengadu. Tetapi, fitrah manusia diciptakan
perlunya teman untuk berjalan dengan kekuatan.
Maka,
sahabat yang soleh adalah antara sumber-sumber kekuatan.
Sahabat
yang ada bukan sekadar untuk membuat kita rasa senang, tetapi yang ada untuk
membetulkan kita juga sekiranya kita tergelincir dan terjatuh di perjalanan
ini.
PENUTUP
: DENGAN RASA SAYANG, LAFAZKANLAH KECINTAAN !
Saya
sayangkan semua sahabat-sahabat yang bersama saya sekarang ini. Saya pasti
bukan saya sahaja yang begitu, tetapi anda juga lebih hebat rasa cinta anda
terhadap sahabat anda bukan?
Maka,
dengan penuh rasa sayang untuk membawa sahabat kita ke syurga, marilah
sama-sama kita realisasikan rasa cinta itu.
Memang
sahabat itu bukanlah orang yang bersama kita sepanjang masa. Tetapi, sahabat di
jalan Allah itu bila kita pandangnya, kita terasa mendapat kekuatan. Bila kita
mendengar dia berbicara, membuatkan semangat yang kendur bangkit semula.
Jangan
biarkan diri anda. Jangan biarkan juga sahabat-sahabat anda. Hargailah mereka
yang bersama kita.
Seandainya
sahabat masih ada di tepi anda hari ini, sempatkanlah diri anda untuk mengucapkan
padanya:
“Aku
cinta kamu kerana Allah.”
Kerana dia
adalah nikmat yang tiada harganya, hadiah dari Allah untuk kita.
Salah satu
golongan yang dijanjikan naungan Allah di akhirat kelak adalah mereka yang
bertemu, berpisah dan berkasih sayang kerana Allah.
Inilah jalan cintaku,
Jua jalan cintamu,
Yang dengannya aku ingin bersamamu ke syurgawi,
Yang dengannya aku ingin membawa mu terbang tinggi,
Membawa perkhabaran syurga harapan,
Cinta di atas jalan perjuangan.
Jua jalan cintamu,
Yang dengannya aku ingin bersamamu ke syurgawi,
Yang dengannya aku ingin membawa mu terbang tinggi,
Membawa perkhabaran syurga harapan,
Cinta di atas jalan perjuangan.
2 comments:
setuju dengan kamu. Kadang2 sekecil2 benda, boleh menyentuh hati kita :) Semoga setiap persahabat yg terbina mendapat keberkatnnya, isyaAllah :)
mohon share!terima kasih
Post a Comment