Anugerah Ratu Cantik Syurga
Nilai tinggi di dunia, jadi sebutan di syurga ! ~Picture by http://laila-jihad.deviantart.com/~ |
Ratu cantik
syurga, bukanlah yang sama seperti ratu cantik dunia.
Kalau ratu
cantik dunia, kecantikan dan keseksian yang menjadi ukurannya, tetapi ukuran
akhirat lebih tinggi daripada itu.
Ratu cantik
dunia, hanya bersifat sementara. Masa mudanya, mungkin begitu jelita sehingga
menggoda. Tetapi ketika tua, dunia pun sudah tidak memandangnya sehingga dia
pun diabaikan.
Ratu cantik
akhirat, adalah yang kekal selama-lamanya. Cantiknya kekal tidak fana. Keayuan
dan kelembutannya bagaikan mutiara. Mahal yang tidak ada harganya. Di akhirat,
dia sentiasa menjadi perhatian.
Tidak
glamour di dunia tidak apa, tetapi biar glamour di syurga !
RATU
CANTIK SYURGA, KECANTIKANNYA LEBIH BERSINAR DARIPADA MATAHARI
Kalau
cahaya Matahari itu mampu menyilaukan mata bila memandangnya, maka aura ratu
cantik syurga lebih lagi daripada itu. Sinarnya lebih cerah sehingga mampu
menerangi dunia.
Kecantikannya
bukan pada ukuran zahirnya semata. Keayuannya bukan dinilai pada tutur katanya
yang menggoda.
Tetapi
kecantikan dan keayuan seorang ratu cantik syurga adalah pada akhlaknya.
Auranya bukan hanya memukau manusia untuk mendekatinya, tetapi memukau juga
syurga untuk menyebut-nyebut namanya.
Seorang
ratu cantik syurga, keharumannya jauh lebih wangi daripada segala jenis minyak
wangi yang ada di dunia. Bukanlah harum dirinya kerana minyak wangi, tetapi
harum kerana bekal iman yang ada pada dirinya.
Keimanan
yang ada menolak dirinya untuk sentiasa akrab dengan Allah. Dia menjaga hak-hak
Allah dalam kehidupannya. Segala perintah dan larangan Allah ditaatinya.
Itulah yang
mampu menjadikan seorang wanita dunia sebagai ratu cantik di syurga.
KEJELITAANNYA
ADALAH PANCARAN KETAKUTANNYA KEPADA ALLAH
Yang
menjadikan ia mahal bukan sahaja di syurga, bahkan di dunia adalah kerana Allah
yang sentiasa ada di hatinya.
“…Maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi
memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara
(mereka)…” (QS.
an-Nisa’:34)
Dalam
kehidupannya, tidak ada sandaran lain selain Allah. Dia tidak bersandar kepada
mana-mana lelaki yang dia cinta, dia tidak bersandar pada kecantikan yang ada
pada dirinya, bahkan dia juga tidak bersandar dengan segala kehebatan yang ada
pada dirinya.
Yang
menjadikan ia semakin jelita di syurga adalah kerana hidupnya penuh ketaatan
kepada Allah ketika di dunia.
Ratu cantik
syurga adalah yang menjaga maruahnya. Dia tidak mudah ditundukkan oleh
mana-mana lelaki sewenang-wenangnya melainkan kepada suaminya, dia menundukkan
diri. Dia tidak mudah-mudah sahaja
merendahkan martabatnya dengan pergaulan tanpa sempadan dengan lelaki yang
bukan mahramnya.
Kerana dia
tahu dirinya ada nilai dan harga yang mahal, maka dia menjaga nilai dan harga
dirinya hanya untuk suami yang bakal menemani hidupnya dunia dan akhirat.
PAKAIAN
DAN PERHIASANNYA, ADALAH KETAQWAAN, BUKAN PAKAIAN YANG MENAMPAKKAN BELAHAN
Ratu cantik
di dunia, adalah yang pakaiannya penuh belahan. Perhiasannya seperti gelang dan
cincin serta pelbagai lagi perhiasan digunakan untuk menghiasi tubuh badannya. Belahan
dan perhiasan yang mengakibatkan mereka sentiasa menjadi rebutan manusia.
Di dunia,
mereka itu begitu digila-gilakan. Tetapi di akhirat, mereka itu cuma menunggu
seksaan.
Ratu cantik syurga adalah yang ketika di dunia, dia menjaga dirinya. Auratnya
adalah harga termahal bagi dirinya. Tidak semudah-mudahnya dinampakkan
belahan-belahan tubuhnya yang mungkin mengakibatkan dirinya bakal menjadi
tempahan api neraka. Tidak terliur dia pada perhiasan-perhiasan yang begitu mahal
sehingga menghabiskan wang hanya untuk itu.
Renungi
firman Allah dalam surah Al-A’raf yang bermaksud:
“Hai
anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi
auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling
baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah,
mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
Kerana dia
tahu, di akhirat, ada pakaian yang lebih mahal untuk dirinya sekiranya dia
menjaga dirinya di dunia. Bahkan, ada perhiasan yang lebih bernilai dari apa yang
dimiliki di dunia.
Pakaian
taqwa adalah pakaian utama bagi dirinya ketika di dunia. Dalam kehidupannya,
neraca Allah sentiasa diutamakan. Apapun yang ingin dilakukan, maka neraca
Allah dulu yang menjadi timbangannya.
Melihat sama ada Allah suka atau tidak.
Menilai sama ada dengan perbuatannya itu, Allah semakin sayang atau pun semakin
murka kepada dia.
Sebab itu,
anda dengan kejelitaan anda lebih cantik daripada matahari dunia.
PENUTUP
: RATU CANTIK SYURGA, BAHAGIA SELAMA-LAMANYA
Kalau ratu
cantik berbangga-bangga dengan anugerah yang dia perolehi di dunia, kalian
wahai ratu cantik syurga lebih-lebih lagilah patut berbangga dengan apa yang
telah kalian miliki.
Kalian
miliki sesuatu yang lebih mahal daripada apa yang dimiliki oleh ratu cantik
dunia.
Yang
menjadikan kalian berharga seperti mutiara, adalah keimanan.
Yang
menjadikan kalian bernilai tiada taranya, adalah peribadi kalian.
Wanita yang
benar-benar menzahirkan keimanannya dalam amalannya adalah sebenar-benar ratu
cantik syurga.
“Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik
perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR.
Muslim,Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kilauan
peribadinya memukau syurga untuk sentiasa menyebut-nyebut namanya di arasy
Allah.
Kejelitaan
dan keayuan akhlaknya membuatkan bidadari syurga pun tunduk malu kepadanya.
Rebutlah
untuk menjadi ratu cantik syurga.
Nilai tinggi ketika di dunia, jadi sebutan di dalam syurga !
Nilai tinggi ketika di dunia, jadi sebutan di dalam syurga !
2 comments:
perkongsian menarik skali tentang Ratu =) mnjadi ratu dunia mgkin mudah jika memliki kecantikan, kemewahan dn kehebatan yg diinginkn org lain..namun kecapi Ratu akhirat perlu bnyk p'abdian diri hanya pd Pencipta..dan itu yg terbaik dalam khidupn demi memperoleh redha Allah dunia dan akhirat.. syukran2 ats perkongsian..Insya-Allah sbg kekuatan dalam m'harungi hari2 yg belum pasti d mne noktahnya.. moga2 d permudahkn..
assalamualaikum...
masih terlalu jauh untuk mengejar gelaran ratu cantik syurga...terasa diri terlalu kerdil
Post a Comment