Sunday, December 3, 2006

:: Rawat Hati ::

Bagaimana nak rawat hati yang hampir sakit??? Bagaimana caranya utk kita terus iltizam dan istiqamah selepas kita bertaubat kepada Allah. Sebab bukan senang utk iltizam taubat yang telah kita lakukan.Bagaimanakah caranya utk jadikan diri kita sentiasa cergas dalam menuntut ilmu dan melaksanakan D&T ini??

JAWAPAN 01

~ Nak rawat hati

Merawat penyakit hati banyak telah dihurai dan diperjelaskan oleh para ulama' dalam karya-karya mereka.

Antara maksud sabda nabi kita Muhammad saw ialah:"Hati itu akan berkarat sepertimana berkaratnya besi. Maka apakah cara menggilapnya? Mengingati mati dan tilawah AlQuran." Oleh itu langkah awal ialah dengan kita kembali menjinakkan hati dengan AlQura'an. Kita pebanyakkan tilawah dan tadabbur.

Menziarahi kubur mengingatkan kita kepada mati yang semakin hari semakin kita mendekatinya. Moga pandangan mata yang terlontar kepada susun baris batu-batu nisan dapat memperingati kita betapa fananya hidup kita di dunia ini. "Wahai ahli kubur! Kami juga akan menurut jejak kamu semua...", itulah antara kandungan do'a yang diajar oleh Rasulullah saw ketika menziarahi kubur.

Allah juga berfirman yang bermaksud, "Bukankah dengan mengingati Allah itu menenangkan hati-hati?" Perbanyakkanlah aktiviti yang meningkatkan hubungan hati kita dengan Allah seperti solah, puasa, wirid, zikir dan doa seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Wirid-wirid selepas solah fardhu dan wazifah sughra dan kubra dari AlMa'thurat adalah di antaranya.

Teruskan proses anjakan paradigma minda dan hati kita dari hambatan dan tambatan dunyawi kepada ukhrawi. Jadikan semua langkah dan tindakan kita bermotifkan Akhirat - Kita ukhrawikan semua dunyawi kita...

Semua ini kita mulakan dengan niat yang ikhlas semata-mata mengharap redha Allah swt. Kita faham bahawa iman boleh bertambah dan berkurang. Iman akan meningkat bila kita melaksanakan ‘amal soleh dan menurun bila kita melakukan maksiat yang ditegah. Inilah sunnah timbal balik iman dan ‘amal: iman mencetuskan ‘amal manakala ‘amal meningkatkan iman.

JAWAPAN 02

~ Nak terus iltizam dan istiqamah selepas taubat

Iltizam dan istiqamah akan mudah terpelihara dan tertingkat jika hati dan minda kita sentiasa didedahkan kepada ransangan-ransangan yang 'conducive' kepada kebaikan. Oleh itu antara keperluan tarbiyah selain dari manhaj yang sohih dan qudwah hasanah ialah biah solehah (suasana yang soleh).

Lantaran itu perbanyakkanlah keberadaan kita pada suasana yang soleh dan dalam masa yang sama turut berfikir dan berusaha mewujudkan suasana-suasana yang dapat meransang kebaikan, seperti lebih kerap bersama rakan-rakan yang soleh, menghadiri majlis-majlis jilsah/halaqah/pengajian ilmu, ziarah, riyadhah, rehlah tarbawi, aktiviti amr ma'aruf/nahi munkar dan sebagainya. Ingatlah kambing yang terpisah dari kumpulannya akan dibaham oleh serigala lapar yang mengejar mereka.

Semua usaha ini kita lakukan atas dorongan iman kita kepada Allah swt. Atas kesedaran ini kita tidak pernah putus asa dari rahmat dan pengampunan Allah swt. Kita bersangka baik dan amat mengharapkan limpahan keluasan sifat Maha Pengampun Allah swt dalam kita mempersembahkan taubat kita kepadaNya. Maksud AlHadith:"Setiap anak Adam melakukan kesilapan/kesalahan/keterlanjuran, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah mereka yang bertaubat."

JAWAPAN 03

~ Nak cergas dalam menuntut ilmu dan melaksanakan D&T

Perlaksanaan tarbiyah yang kita ambil dari Madrasah Nabawi menekankan pembentukan ketiga-tiga fakulti insan iaitu minda, jiwa dan jasad. Aqal yang sejahtera berada pada badan yang sihat. Kurang memberi perhatian kepada aspek kesihatan (gaya hidup sihat) seperti riyadhah, pemakanan seimbang dan sebagainya melambatkan pengedaran oksigen dalam aliran darah kita. Ini boleh menyebabkan rendahnya kadar oksigen yang dialirkan ke otak kita. Otak yang kurang oksigen melemahkan ketangkasan gerakan kita.

Dari aspek dorongan dalaman, motto ‘kita belajar kerana Allah untuk Islam’ bahkan jika kita faham bahawa ‘apa saja langkah dan tindakan kita semuanya kerana Allah untuk Islam’ sudah cukup sebagai motivasi minda dan jiwa kita untuk terus cergas belajar serta melaksanakan D & T. Jika jiwa dan minda kita meletakkan Islam sebagai suatu perkara besar dan utama dalam hidup kita dan Allah sebagai tujuan dan matlamat utama kita semua halangan-halangan, sama ada dalaman atau pun luaran, menjadi kecil pada pandangan kita.

3 comments:

Unknown December 3, 2006 at 2:09:00 AM GMT+8  

Proses pembentukan hati perlu perawatan hati.

Anonymous December 16, 2006 at 12:29:00 AM GMT+8  

Iman yang subur terletak pada hati yang sentiasa disiram, dibajai dan digembur...
Moga Allah Mengurniakan HATI yang penuh kecintaan kpd-Nya..
Insya-Allah..

Anonymous November 15, 2009 at 12:04:00 AM GMT+8  

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP