Wednesday, November 29, 2006




.:: AHLAN WASAHLAN KE BLOGKU ::.


.:: Kasih Ibu ::.

Khas Untuk tatapan Sahabat Semua ...RenungiLah...

Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di
belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si
anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si
anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu,
kemudian saudara-saudara terdekatmu."

.:: Sahabat ::.


satu cerita sebagai renungan..

In sebuah kisah anonymous tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Ditengah perjalanan mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, merasa sakit hati tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:
HARI IN SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.
Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dan rasa takut hilang, dia menulis disebuah batu:
HARI IN SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya itu bertanya,”Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis diatas batu?”
Temannya menjawab sambil tersenyum “Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi(kebaikan), kita harus memahatnya di atas batu hati kita , agar tidak hilang tertiup angin.”

Cerita diatas bagaimana pun tentu sahaja mudah dibaca dibandingkan diterapkan. Begitu mudahnya kita memutuskan sebuah persahabatan ‘HANYa’ kerana sakit hati di atas sebuah perbuatan atau perkataan yang menurut kita keterlaluan hingga menyakiti hati kita. Sebuah sakit hati lebih perkasa untuk merosak dibandingkan dengan begitu banyak kebaikan untuk menjaga. Mungkin in memang bahagian dari sifat buruk diri. Kerana itu, seseorang pernah memberitau saya apa yang harus saya lakukan ketika saya sakit hati. Beliau mengatakan ketika sakit hati yang paling penting adalah melihat melihat apakah memang orang yang menyaikiti hati kita itu tidak kita sakiti terlebih dahulu. Bukan sudah menjadi kewajaran sifat orang untuk membalas dendam? Maka perkara biasa kita telah melukakan hatinya dulu dan dia menginginkan sakit yang sama seperti yang dirasakan. Boleh jadi jua sakit hati kita kerana kesalahan kita sendiri yang salah dalam mentafsir perbuatan atau perkataan teman kita. Boleh jadi kita tersinggung oleh perkataan yang sahabat kita maksudkan itu sebagai gurauan.
Namun demikian, saudara-saudaraku salah seorang guru selalu mendidik muridnya untuk MEMAAFKAN kesalahan saudaranya yang lain. Tapi in sungguh berat! Kerana itu beliau mendidik kami untuk ‘menyerahkan’ sakit itu pada Allah- yang jelas dan pasti mengetahui bagaimana sakit kita dengan membaca doa:”Ya Allah balaslah kebaikan siapapun yang telah diberikan kami dengan balasan jauh dari apa yang mereka bayangkan. Ya Allah ampunilah saudara-saudara kami yang pernah menyakiti hati kami”. Bukankah Rsaw pernah bersabda,”tiga hal AKHLAK AHLI SYURGA, MEMAAFKAN orang yang menganiayamu, memberikan orang yang mengharamkan, dan berbuat baik kepada orang yang berbuat buruk kepadamu.”

~ Abu Hanifah Berdepan Dengan Atheis ~

Pada suatu hari, seorang atheis dating mencabar keimanan orang Islam. Lelaki dari Rom itu dengan berani menaiki mimbar dan mengajak sesiapa yg berani utk berdebat mengenai kewujudan Tuhan dengannya.
Walaupun sebahagian daripada ulama’ melihat perlakuan lelaki berkenaan, mereka tidak berani berhujah dengannya. Bagaimanapun, tiba-tiba bangkit seorang lelaki. Dia adalah Abuu hanifah yg ketika itu masih muda dan tetap merendah diri.

Atheis: Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
Abu Hanifah: Allah berfirman dgn mengatakan:” Dia (Allah) tidak beranak atau diperanakkan”.
Atheis: Adalah boleh diterima akal jika dikatakan bahawa Allah ada pertama yg tiada apa-apa sebelumNya?
Abu Hanifah: Dia ada sebelum adanya sesuatu.
Atheis: Sila berikan contoh yg lebih jelas daripada kenyataan!
Abu Hanifah: Tahukah anda mengenai pengiraan??
Atheis: Ya.
Abu Hanifah: Angka berapa sebelum satu?
Atheis: Tidak ada. Kosong.
Abu Hanifah: Jika sebelum angka itu tidak ada angka lain mendahuluinya, kenapa anda hairan jika sebelum Allah Yang Maha Esa itu tidak pernah didahului?
Atheis: Di manakah Rabbmu sekarang?
Abu Hanifah: Tahukah anda bagaimana bentuk susu? Apakah di dalam susu itu keju?
Atheis: Ya, sudah tentu.
Abu Hanifah: Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
Atheis: Tak ada tempat khusus. Keju itu menyeluruh, meliputi dan bercampur dengan susu di sekuruh bahagian.
Abu Hanifah: Jika keju makhluk itu tiada tempat khusus dalam susu itu, apakah layak anda meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Taala? Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!
Atheis: Tunjukkan kepada aku zat Rabbmu. Apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair atau seperti gas?
Abu Hanifah: Pernahkah anda mendampingi orang sakit yg akan meninggal?
Atheis: Ya.
Abu Hanifah: Sebelumnya dia berbicara dengan anda dan menggerakann tubuhnya. Tiba-tiba dia diam tak bergerak. Apa yg menimbulkan perubahan itu?
Atheis: Kerana rohnya meninggalkan tubuhnya.
Abu Hanifah: Apakah waktu keluar roh itu anda masih ada di sana?
Atheis: Ya, masih ada.
Abu Hanifah: Ceritakan kepada apakah rohnya seperti besi atau cair atau meruap seperti gas?
Atheis: Entahlah, saya tidak tahu.
Abu Hanifah: Jika anda tidak tahu bagaimana zat manupun bentuk roh yg hanya sebuah makhluk, bagaimana anda boleh memaksaku untuk menunjukkan zat Allah Taala ?!!
Atheis: Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahNya?
Abu Hanifah: Jika anda menyalakan lampu dalam gelap, kea rah manakah sinar lampu itu menghadap?
Atheis: Sinarnya ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah: Kalau demikian halnya dengan lampu yg Cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Taala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Atheis: Jika ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selama-lamanya?
Abu Hanifah: Perhitungan angka pun ada awalnya, tetapi tiada akhirnya.
Atheis: Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
Abu Hanifah: Anda sudah melaluinya ketika berada dalam perut ibu anda. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar.
Atheis: Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habis jika dinafkahkan?
Abu Hanifah: Allah menciptakan sesuatu di dunia yg bila dinafkahkan, semakin bertambah banyaknya seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita, semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.
Atheis: Jika setiap sesuatu ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yg sedang Allah kerjakan sekarang?
Abu Hanifah: And abertanya saya dari atas mimbar, sedangkan saya di atas lantai. Untuk menjawab pertanyaan anda, saya mohon anda turun dan saya akan menjawabnya di tempat anda.

Atheis itu pun turun dan membiarkan Abu Hanifah mengambil tempatnya.

Abu Hanifah: Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan anda. Anda bertanya apa yg Allah lakukan sekarang? Ada pekerjaanNya yg dijelaskan dan ada pula yg tidak dijelaskan. PekerjaanNya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar berdiri seorang kafir yg tidak ada hak seperti anda. Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang Mukmin di lantai yg berhak, dengan segera Dia (Allah) akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikianlah pekerjaan Allah setiap waktu !

Mengapa Insan Mencari Agama?

Islam bukan agama ikutan dengan serba kejahilan tetapi Islam adalah ad-Din kefahaman dan penghayatan. Kefahaman dan penghayatan adalah satu-satu cara untuk mempertahan dan memperkukuhkan umat. Dukacita apabila orang Islam sendiri tidak berusaha memahami Islam apatah lagi untuk benar-benar menghayati dan menyampaikannya .

Dalam konteks dakwah, betapa kita umat Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan Islam yang sebenar kepada mereka yang bukan muslim. Malangnya kebanyakan umat Islam bahkan hampir keseluruhannya begitu agal melaksanakan tugasan ini. Setiap hari kita berurusan dengan mereka yang non-muslim atau bukan muslim tetapi sepatah pun dari dakwah Islam tidak kita sampaikan kepada mereka sehingga mereka terus terbabas tanpa dihulurkan sebab-sebab untuk sampai kepada hidayah. Lebih malang dari itu, kita kadang-kala memberikan gambaran yang buruk tentang Islam terhadap mereka. Apakah kita tidak merasai betapa kita akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat kelak di atas kecuaian ini...

Saya begitu tertarik dengan apa yang diceritakan oleh as-Syeikh `Ali at-Tontawi dalam bukunya Ta’rif al-`Am bi Din al-Islam, katanya:"Pernah aku bertanya kepada para pelajarku, "Sekiranya datang kepada kamu seorang lelaki asing dan berkata kepada kamu bahawa dia hanya ada waktu sebanyak sejam sahaja dan ingin memahami apakah Islam dalam tempoh tersebut? Bagaimanakah kamu boleh memahamkan Islam kepadanya dalam tempoh sejam?. Mereka menjawab: "Ini mustahil, dia mesti mempelajari tauhid, tajwid, tafsir, hadith, fiqh, usul fiqh, melibatkan diri dalam perbahasan masalah-masalah agama, dan dia tidak akan tamat melainkan setelah lima tahun". Aku pun berkata: "Subhana Allah! Adapun seorang `arab badawi datang menemui Rasulullah s.a.w. dan tinggal bersama baginda selama sehari atau setengah hari lalu mengetahui Islam lantas membawanya kepada kaumnya. Selepas itu, dia menjadi pembimbing dan guru, menjadi pendakwah dan mubaligh untuk Islam. Lebih dari itu, Rasulullah pernah mensyarahkan ad-Din keseluruhannya (dalam hadith Jibril) dalam tiga ayat sahaja. Baginda berbicara dalamnya mengenai Iman, Islam dan Ihsan....Kenapa tidak kita hari ini mensyarahkan Islam dalam tempoh satu jam!!?"
[m.s. 27, Dar al-Wafa, Mesir]

Demikian menariknya tokoh pendakwah Islam yang terkenal ini mengemukakan contoh kesilapan dalam menguruskan dakwah. Ya! Kebanyakan kita apabila diminta memulakan dakwah terutama kepada bukan muslim dia akan bertanya "Apakah perkara pertama yang hendak diterangkan?". Inilah persoalan yang bermain di kepala kebanyakan muslim ketika di minta berdakwah. Lebih malang lagi ada yang penerangannya bermula dengan masaalah berkhatan...

Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan "Engkau wajib menghafal sifat duapuluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna....

Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.

Manusia Dan Agama

Sesiapa sahaja yang memiliki akal yang waras pasti akan mencari hakikat di sebalik kehidupan yang dirasai dan disaksikannya. Jiwa insan yang sempurna tidak akan terhenti bertanya tentang rahsia kehidupan ini. Allah telah menfitrahkan insan iaitu memberikan sifat di dalamnya jiwanya perasaan ingin mengetahui. Apatah lagi jika sesuatu itu berkait langsung dengan diri insan itu sendiri.

Berbagai perkara sering kita lihat dalam kehidupan ini, sebahagian daripadanya kita gagal memberikan jawapan yang tepat mengenainya jika tidak dibimbing oleh cahaya petunjuk yang sebenar.

Sebab itu jika diandaikan ada seorang bayi yang dihanyutkan air sehingga ke sebuah pulau yang tiada penghuni dari keturunan manusia. Sekiranya dia ditakdirkan hidup sehingga dewasa dan akalnya tidak cacat pasti dia sering bertanya dalam dirinya bagaimana dia boleh wujud di alam ini atau hadir ke pulau tersebut. Sekalipun tanpa bimbingan agama dia tetap akan bertanya siapakah yang menjadikan dirinya dan alam yang dia lihat. Mengapa mesti dia hidup. Perasaan dan jiwanya akan memberontak bertanya tentang hakikat diri. Sehingga akhirnya, jika jiwanya tidak dibimbing dengan hidayah tentu dia akan mengagak objek-objek tertentu yang dikagumi atau digeruninya sebagai punca pergantungan harapan atau dalam kata lain sebagai tuhan dalam kehidupannya. Begitu bermulanya agama yang tidak dibimbing oleh wahyu sebenar.

Sebabnya ini adalah sifat yang sudah wujud dalam jiwa insan iaitu keinganan mengetahui rahsia alam sekaligus desakan jiwa untuk mencari tuhan.

Allah menggambarkan hal ini di dalam al-Quran melalui watak yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s., firman Allah dalam menceritakan kisah ini:

Maksudnya:
Dan demikian itu kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan kami yang terdapat di langit dan di bumi agar dia termasuk di dalam orang-orang yang yakin. Ketika malam telah menjadi gelap dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang (lalu) dia berkata: "Ini adalah tuhanku". Tetapi apabila bintang itu hilang dia berkata aku tidak suka kapada yang lenyap". Kemudian apabila dia melihat bulan terbit dia berkata "Ini adalah tuhanku". Namun apabila bulan itu hilang dia berkata: "Sesungguhnya jika tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku tentu aku termasuk dalam golongan yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari terbit dia berkata, "Inilah tuhanku, ini lebih besar". Namun apabila matahari itu hilang, dia berkata "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu semua sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi dalam keadaan cenderung kepada agama yang benar dan aku bukan termasuk dalam golongan yang mempersekutukan tuhan.
[Surah al-An`am ayat 75-79]

Demikian Al-Quran menggambarkan peribadi insan yang waras dan sempurnaan nilai keinsanannya iaitu senantiasa mencari tuhan yang sebenar. Jika insan tidak dibimbing oleh petunjuk dari tuhan yang sebanar maka pasti dia akan tersesat.

Manusia Dan Persoalan

Insan yang waras senantiasa menimbulkan tanda tanya tentang tuhan atau dalam kata lain bertanya "siapakah yang telah menjadikan dirinya dan alam di sekelilingnya". Akal yang waras meyakini bahawa dirinya tidak muncul dengan kehendaknya tetapi tentulah adanya kuasa yang maha agung yang menciptakannya. Tidak terhenti untuk itu sahaja, dia tentu juga merasai keperluan diri bergantung kepada zat yang agung itu kerana dalam hidup dia pasti menghadapi peristiwa-peristiwa yang terjadi tanpa pilihan atau kemampuannya. Perasaan mencari tempat pergantungan akan terus timbul dan keperluan kepada pertolongan tuhan akan benar-benar dirasai oleh setiap insan. Seterusnya, apabila insan memerlukan tuhan tentu insan ingin mengetahui kehendak atau tuntutan tuhan terhadap dirinya. Ini bagi memboleh insan merasai tuhan bersamanya dan merestuinya. Insan melihat berbagai kejadian dan peristiwa di alam ini, ada golongan yang baik dan ada pula yang jahat. Ada golongan golongan yang zalim dan ada pula yang dizalimi. Ini sekali lagi mendesaknya bertanya "Apakah kesemua ini akan berlaku begitu sahaja. Apakah yang zalim tidak ada sebarang tindakan tuhan terhadapnya sedangkan dia telah menzalimi hamba tuhan yang lain. Apakah selepas adanya penindasan dan penginayaan maka hidup pun hilang begitu sahaja. Apakah sama antara hamba yang ingin mentaati tuhan dengan yang memusuhi tuhan?

Demikianlah berbagai persoalan timbul yang mendesak jiwa insan sekaligus membawa sekali lagi insan bertanya ke manakah perginya manusia selepas berakhirnya kehidupan di dunia ini...

Perumpamaan Yang Menarik

Dr. Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti telah memberikan perumpamaan yang menarik dalam bukunyaMadkhal ila Fahm al-Juzur katanya: "Apa pendapat kamu mengenai seorang insan yang membuka kedua matanya selepas tidur yang panjang, dia yang sebelum ini berada di atas katil di dalam bilik tidurnya, tiba-tiba dia dapati diri berada di dalam salah satu gerabak keretapi. Dia dibawa oleh suatu perjalanan ke arah yang dia sendiri tidak tahu. Merentangi bukit-bukau dan lurah yang dia tidak pernah dia lihat dan tahu mengenainya.

Siapakah yang membawa dan meletakkan dia di dalam keretapi tersebut? Bilakah perkara ini bermula? Siapakah yang sedang memandunya? Siapakah pula yang menyusun dan mengatur perjalanannya? Apakah yang orang tersebut mahu daripadanya secara peribadi selepas ini?
Sesungguhnya dia benar-benar tidak tahu semua ini.....!

Apakah anda berpendapat insan berkenaan boleh menutup fikiran dari segala persoalan tersebut? Bolehkah dia merehat urat sarafnya dari terus mendesak dan mencari jawapan mengenai apa yang dia tidak tahu itu?. Bolehkah kemudiannya dia terus asyik berseronok suka dengan melihat jalanan yang cantik dan pandangan yang asing?

Samaada gerabak tersebut dipenuhi dengan peralatan mewah dan terhias dengan segala perkara yang melalaikan, atau ianya dipenuhi dengan perkara yang menduka dan menyusahkan, namun apakah mungkin untuk dia menjadikan semua itu melupakan dia dari apa yang didesak kepadanya oleh tekanan fikiran dan akalnya? Juga dari kerisauan dan kekeliruan disebabkan keadaan yang tanpa pilihannya, dia dalam lautan kejahilan.

Sekalipun demikian, namun masalah tersebut adalah masih kecil lagi terhad, bilamana keluasan keretapi tersebut adalah terhad dan dalam lingkungan alam yang diketahui tanda-tanda dan kebiasaanya. Ini kerana, bagaimana sekalipun ia bergerak ke timur atau ke barat ia sama sekali tidak akan keluar dari ruang lingkupnya dan tidak akan melepasi melainkan dalam lingkungan bumi.

Namun masalah tersebut bertukar menjadi besar dan begitu besar bilamana keretapi tersebut adalah alam ini keseluruhannya. Bilamana pergerakannya itu adalah merupakan keadaan rangkaian kehidupan insan....[m.s. 6-7, Cetakan Dar al-Fikr al-Mu`asir, Lubnan]

Demikian Muhammad Sa`id Ramadhan al-Buti cuba membayangkan keadaan insan yang sejak kecil membuka matanya dan melihat alam serta pergerakan di sekelilingnya. Juga yang lebih penting melihat dirinya sendiri serta rangkaian perjalanan hidupnya. Apakah tidak terdesak jiwanya untuk bertanya tentang hakikat diri, apakah keadaan yang sedang dihadapinya dan apakah kesudahannya nanti? Mungkinkah pengaruh suasana sekelilingnya boleh atau mampu melupakan dia untuk mencari jawapan bagi erti kehidupannya? Kalaulah ada insan yang demikian tentulah dia sejahil-jahil manusia secara mutlak kerana dia telah lalai memikirkan perkara yang menjadi dasar insan berakal.

Perlunya Hidayah Islam

Persoalan-persoalan ini walaupun muncul dari fitrah manusia dan ianya sesuatu yang sangat baik untuk membolehkan insan mencari kebenaran namun jika insan tanpa bimbingan hidayah atau petunjuk dari Allah, persoalan-persoalan tersebut juga boleh menjadi punca insan sesat dengan sesesatnya. Jika insan tidak dibimbang dengan petunjuk daripada Allah maka persoalan-persoalan tadi terus mencari berlegar dalam fikiran insan dan akhirnya mereka mencipta jawapan yang salah lagi sesat dalam kehidupan. Jika petunjuk sebenar tidak sampai kepada insan maka tuhan-tuhan palsu pasti akan muncul, kehendak-kehendak tuhan secara palsu juga akan diandaikan dan alam selepas kematian akan dibayangkan mengikut kehendak fikiran dan kepentingan tertentu. Akan ada yang mengambil kesempatan dari kehendak atau tuntutan fitrah tersebut dengan mencari kepentingan dunia lalu mencipta ajaran agama untuk kepentingan diri dan harta. Maka lahirlah agama-agama palsu di atas muka bumi.

Allah Tuhan Yang Sebenar tidak akan membiarkan insan tenggelam dalam kesesatan tanpa bimbingan hidayah yang asli dariNya sendiri yang menciptakan alam keseluruhannya serta Maha Berkuasa dengan penuh keagungan. Untuk itu, setiap umat diutuskan Rasul yang membawa ajaran Islam bagi memberikan jawapan sebenar terhadap persoalan insan dalam hidup. Para Rasul bukan mencipta ajaran mengikut akal mereka tetapi mereka menyampaikan ajaran daripada Allah Yang menurunkannya kepada mereka menerusi proses yang dinamakan wahyu. Tiada siapa yang berhak berbicara mengenai Allah melainkan Allah sendiri dan perbicaraan Allah itu telah disampaikan kepada sekelian insan menerusi para Rasul. Para rasul bukan sekadar memberitahu tetapi membimbing dan mendidik. Rasul yang terakhir ialah Muhammad bin `Abdillah yang membawa ajaran Islam dari Allah.
Firman Allah: (Maksudnya):Sesungguhnya ad-Din (agama) di sisi Allah ialah Islam.
[Surah Ali `Imran ayat 19]

Firmannya lagi: (Maksudnya):

Sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai agama maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk dari kalangan mereka yang rugi.[Surah Ali `Imran ayat 85]

Maka kedatangan Islam daripada Allah yang mencipta alam dan segala isinya telah memberikan jawapan yang sebenar kepada semua persoalan tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. adalah kesinambungan dalam menyampaikan risalah dari Allah dan memberikan jawapan kepada persoalan insan.

Justeru itu wajib kepada semua insan -tanpa kecuali- yang hidup selepas kedatangan Nabi s.a.w meyakini, menerima dan menghayati ajaran Islam yang bawa oleh Muhammad bin Abdullah, utusan Allah yang akhir itu demi keselamatan kehidupan mereka yang hakiki.

Setiap insan tahu bahawa dia tidak datang ke dunia ini dengan kebijaksanaannya. Tidak juga kerana kebijaksaan kedua ibubapanya.

Kalaulah insan wujud di dunia dengan pilihan dan kebijaksanaannya tentulah semua insan dapat menentukan rupa paras yang cantik lagi menawan bagi diri dan keluarganya. Tentu kesemuanya memilih untuk lahir di tengah banglo atau istana mewah dan keluarga yang kaya-raya. Namun keadaannya tidak begitu. Hinggakan pasangan suami isteri pun sama sekali tidak boleh memilih paras rupa anak yang bakal lahir. Kalau hal ini boleh ditentukan sudah pasti setiap insan lahir dalam keadaan paling sempurna. Namun ternyata ianya di luar kawalan insani.

Ini semua menyedarkan insan bahawa adanya suatu kuasa yang Maha Agung yang mewujudkan manusia dengan kehendakNya. Dia adalah Allah. Dia tidak akan mempersoalkan insan tentang keputusan yang dipaksa ke atas mereka seperti hitam atau putihnya warna kulit seseorang, siapa ibu atau bapanya, di mana negeri kelahirannya, mengapa dia tidak pintar atau cerdas, sempurna atau cacat dan seumpamanya. Dia hanya akan menyoal apakah mereka telah menunaikan tanggungjawab yang Dia wajibkan ke atas mereka. Adapun segala kejadian tanpa pilihan insan itu adalah bagi mewujudkan sistem hidup di alam ini dan menyedarkan insan betapa mereka semua bergantung kepada Tuhan, Allah Yang Maha Esa.

Firman Allah di dalam al-Quran:

Maksudnya:
Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun. Diaa menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, mudah-mudahan kamu bersyukur.
[Surah an-Nahl ayat 78]

Firman Allah dalam al-Quran lagi:
Maksudnya:
Dia (Allah) membuat setiap yang Dia cipta sebaik-baiknya (yang paling sesuai) dan Dia telah memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia telah menciptakan keturunannya dari saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniup ke dalam tubuhnya ruh dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi sedikit sekali yang bersyukur.[Surah as-Sajdah ayat 7-9]

Berbagai-bagai lagi sifat dan ciri insan yang Allah bentangkan di dalam al-Quran bagi menggambarkan betapa setiap insan faqir kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Apabila menyedari diri sebagai makhluk (yang diciptakan) dan Allah sebagai Khaliq (Pencipta) dengan segala rahsia ciptaan dan kehebatannya maka timbulnya perasaan kehambaan dan mengharapkan Allah dalam segala hal. Timbulnya perasaan bergantung serta bertawakal kepada Allah.

Bahkan Allah juga telah membekalkan ke dalam jiwa manusia secara fitrah atau sejak kelahirannya beberapa sifat dan perasaan secara tersedih dari sisi Allah. Dibekalkan kepada insan sifat kasih-sayang, perasaan marah, perasaan sedia, perasaan ingin dihargai, ingin dikasihi, perasaan cinta antara lelaki dan perempuan dan berbagai lagi. Antara yang paling nyata dibekalkan tuhan dalam jiwa insan adalah sifat atau perasaan merasai kewujudan Tuhannya. Sebab itu kita dapat saksikan walau di mana pun manusia berada mereka tetap mempercayai Tuhan. Sekalipun ajaran agama tidak sampai kepada seseorang namun hati nuraninya tetap bertanya tentang Tuhan.

Golongan yang mengaku diri mereka komunis pun pada hakikatnya tetap merasai kewujudan Tuhan. Sifat ego sahaja yang menjadikan lidah mereka menafikannya.

Adapun golongan mereka yang mendakwa free-thinker atau bebas dari segala ikatan kepercayaan atau agama meraka sebanarnya bukan tidak percaya tentang adanya Tuhan tetapi mereka terkeliru dalam menentukan "siapakah Tuhan yang sebenar, sifatNya, juga apakah ajaran yang sebenar dariNya?" Mereka terkeliru dengan agama-agama palsu yang mereka lihat. Atau nafsu mereka ingin bebas dan bermaharaja agar mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ikatan agama. Sebab itu kita lihat apabila Islam yang sebenar diterangkan kepada mereka dengan jelas kita mendapati kebanyakan daripada mereka bersegera menyahut panggilan hidayah Islam dengan rela dan gembira..

Di atas ciri ini, maka Allah yang menciptakan manusia, menyebut di dalam al-Quran tentang golongan kafir yang menentang Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka (golongan kafir); "Siapakah yang menjadikan yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan (mentadbir) matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar) [Surah al-'Ankabut ayat 61]

Menentukan Tuhan Yang Sebenar

Kesimpulannya, manusia semuanya percaya wujudnya Tuhan tetapi mereka gagal menentukan bagaimanakah Tuhan yang sebenar. Bagaimanakah sifatNya dan jalan menghampiri diri kepadaNya. Lalu mereka meramalkan Tuhan mengikut fikiran dan suasana masing-masing. Ada yang meramalkan Tuhan itu seperti manusia atau seperti binatang yang besar atau beranak-pinak atau apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka. Pengikut ajaran hindu umpamanya, mereka membayangkan Tuhan itu seperti orang-orang India. Mereka mengukir bentuk Tuhan dengan rupa paras orang-orang India. Mata, warna kulit, bentuk badan dan segala-gala seperti rupa bangsa mereka. Seakan-akan Tuhan hanyalah untuk manusia di negeri India sahaja. Begitulah juga agama-agama lain yang menyesatkan. Mereka mengukir atau melukis dengan tangan mereka lalu mereka menyembahnya.

Ada juga manusia yang memilih Tuhan berdasarkan apa yang dia takuti. Bilamana dia kagum atau gerun dengan pokok yang besar atau sungai atau laut lalu mereka merasai di situ bertahtanya tuhan lalu mereka menyembahnya, ini seperti kebanyakan suku kaum yang hidup di hutan.

Demikian gambaran kekeliruan manusia dalam mencari Tuhan yang sebenar.

Keterbatasan `Akal

Insan pasti akur bahawa segala kemampuannya sekali pun hebat ada had atau batasan yang dia tidak dapat lakukan. Mata yang dimilikinya ada batasan jarak, bentuk, warna yang tidak mampu dilihatnya. Telinga yang dimiliki ada batasan gelombang yang tidak mampu di dengar.

Bahkan kalau insan menulis angka dari satu hingga sepuluh di dalam sepuluh keping kertas yang kecil lalu dimasuk kesemuanya -secara bercampur- ke dalam sakunya dan diminta supaya dia mengeluarnya semula menurut susunan satu hingga sepuluh tanpa melihat kepada kertas-kertas tersebut, sudah pasti dia tidak mampu mengeluarkan secara tertib dan teratur kerana matanya tidak dapat mengesan, sekali kertas-kertas itu berada dalam sakunya sendiri.

Demikianlah keterbatasan jangkauan insan. Maka akal insan juga amat terbatas. Bukan semua perkara boleh dirumuskan oleh akal. Kalau hanya sepuluh keping kertas insan tidak dapat mengagaknya dengan tepat bagaimana insan ingin memikirkan tentang diri Tuhan yang sebenar, sifat Tuhan yang sebenar, kehendak atau tuntutan Tuhan kepada insan dan apa yang bakal Tuhan lakukan kepada insan. Ini semua gagal dicapai oleh insan tanpa bimbingan dari Tuhan sendiri melalui pengutusan para Rasul.

>> Dr Muhammad Asri Zainul Abidin <<

Tuesday, November 28, 2006

::Salam Penerbitan::

Assalamualaikum...

Syukur ke atas Allah s.w.t. kerana dengan keizinan dan bantuan-Nya dapat juga blok ana ni dihasilkan.Apapun, ana harap ana dapat mengaplikasikan apa yang ana tulis dalam blog ni.Tak guna juga kuat sembang daripada mengamalkannya.Moga Allah merahmati tulisan ana ni.Silap dan salah ana pohon kemaafan daripada pembaca dan mohon ampun daripada Allah s.w.t.Doakanlah ana agar Allah mengurniakan hidayah dan keampunan-Nya kepada ana dan semoga Allah terus membantu ana.Akhir kata, semoga apa yang ada dalam blog ini memberi sesuatu yang bermanfaat kepada kita semua....InsyaAllah

.::CUTI::..

Kita sekarang dah berada dalam musim cuti(bukannya cuti pendek tapi panjang bang oii), jadi kita bukan lagi di bawah pengawasan guru tetapi ibu bapa kita.Apapun, perlu kita ingat yang kita ni sentiasa berada dalam pengawasan Allah s.w.t.Meskipun tiada siapa mengawasi kita, Allah tetap ada sedang mengawasi tindak-tanduk kita.Ada orang " Ha ha , bagus cuti panjang ni, boleh la aku cover main balik game PS yang aku tak habis main tu, aku nak pi lepak ngan kekawan, nak tidur sepanjang hari" ada orang pula " Aku nak tolong ibu bapa aku kat rumah nak cover balik salah yang aku dah buat kat diorang, aku nak ziarah kawan, nak try solat Subuh jemaah (biasala, sebelum-sebelum ni, solat sorang - sorang kalau tidak pun Subuh gajah) " >lawak ja<.Jadi, tidak kiralah apa yang kita lakukan, kita kenalah sentiasa merasakan muraqabatullah.Cuti inilah yang akan menguji kita.Biarlah kita cuti, asalkan iman kita tidak bercuti.Kalau iman turut sama bercuti, habislah kita!!!

~Cinta kepada Ibu Bapa~


Ibu dan ayah merupakan orang terpenting dalam kehidupan kita.Dengan izin Allahlah, kita telah lahir ke dunia ini melalui perantaraan ibu bapa kita.Islam meletakkan kedudukan yang tinggi ke atas ibu bapa dan memerintahkan anak supaya menghormati, menyayangi, dan berbakti kepada mereka.
Firman Allah s.w.t dalam surah An - Nisa' ayat 36 yang bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatupun.Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa..."
Banyak lagi ayat - ayat dalam Al - Quran yang mewajibkan kita sebagai anak untuk taat dan mengasihi ibu bapa kita. Justeru, terdapat beberapa cara yang boleh menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa kita.Antaranya:

a) Mendoakan keselamatan, kesejahteraan dan keampunan untuk mereka
b) Memberitahu mereka rasa kasih, hormat dan terhutang budi kita terhadap pengorbanan
mereka
c) Mencium tangan mereka setiap kali hendak keluar rumah
d) Beri hadiah kepada mereka

.::Cerianya menjadi anak cemerlang::.

Anak yang cemerlang (soleh) perlu mengamalkan 7 kalimat, InsyaAllah ia akan dipandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosa - dosanya walaupun sebanyak buih di lautan....

  1. Mengucap 'bismillah' pada setiap kerja yang hendak dilakukan
  2. Mengucap 'alhamdulillah' apabila selesai melakukan kerja
  3. Mengucap 'astaghfirullah' jika melakukan kesilapan
  4. Mengucap 'InsyaAllah' jika merancangkan untuk melakukan sesuatu di masa nanti
  5. Mengucapkan 'la hau la wala kuwwata illah billahi' jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan tidak diingini
  6. Mengucap 'inna lillahi wa inna ilaihi rajiun' jika menerima musibah atau malapetaka
  7. Mengucap La ilaha illallah Muhammadarasulullah sepanjang siang dan malamnya


::Kem Jatidiri T.2 2005::

>>Mana Pembela ad-Din<<

Bismillahirrahmanirrahim
Semalam di sini,seorang tua yang hanya mampu mengesot,
tak mampu berjalan kerana uzur,mati digilis buldozer milik si tukang sembelih Sharon,
Anjing - anjing tukang sembelih,melunyaikan rumah orang tua,
kerana taat perintah Sharon yangmahukan tanah Palestin.

Semalam juga di sini,seorang ibu kasih meredhai pemergian pemuda jihad
yang jauh pandangannya menembusi dua alam, dunia dan akhirat.
Si ibu kasih tahu anaknya si soleh pemuda jihad mendambakan bukan hanya kasihnya,
malah kasih Tuhan dan RasulNya.

Semalam,tak jauh dari sini juga,di bumi ini,si kaki betina mabuk
dalam peluk cium wanita seksi lagi gebu di rangkulannya.
Di lorong belakang itu pula, si pemuda bangsa lemas khayal dalam dunianya sendiri,
syok bukan kepalang melayan marijuana pemamah daging, kudratnya,tinggal tulang sahaja.Yang remajanya pula mundar mandir ke sana ke mari.
Pesta,hiburan,tari menari,di kelab musibah itu ada event rupanya.
Leka dengan alunan muzik mengasyikkan...

Eh, di mana pula si pemuda pembela agama?
ang pasti dia buka digilis buldozer bsi tua keparat Sharon.
Belum juga sampai untuk mengangkat senjat lalu syahid di medan jihad.
Dah tentu sekali bukan si kaki alkohol atau si kaki gian.
Malah tak mungkin masuk ke kelab musibah tu...

Ayuh pemuda agama ,tonjolkan dirimu.
Nyalakan obor jihad perjuanganmu.
Belalah agama dan umat ini.
Sesungguhnya itulah jalan Rasulmu dan itulah kehendak Tuhanmu.
Kembalilah nanti kepada Tuhanmu dengan jiwa yang tenang dan diredhai NYA...

wallahua'lam....

.::KEKASIHKU::.



Nak share tentang KEKASIH aku? ( Aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang sangat kat DIA)

Penyayang sifatnya.Betul, tak tipu punya!

Pure cintalah nak dikategorikan tu.Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah

pada DIA,sure akan datang bantuan.

Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA>direct!Yang bestnya tu, bila aku dah

ngadu kat DIA, terasa peace je, for surelah, kekasih kan?!

Ish, beruntung betul dapat kekasih camni...tak pernah nak sakitkan hati aku.Bila-bila masa je aku boleh contact DIA.Yang seronok tu, sebab memang betul- betul rasa DIA tu dekat di hati!Ye la, cinta punya pasal kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA, tapi rugilah aku.Sebab kalau aku ingat & contact je DIA,sure,macam-macam aku boleh dapat.

Tak kiralah material ke, spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu!

Bila aku rindu kat DIA, baca je surat - surat yang DIA bagi tu.

Macam-macam nasihat ada kat dalam tu,siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni,aku pernah gak frust.Memang sedih giler la masa tu.Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu je.

Tapi,KEKASIH aku ni lain,DIA tak kisah pun dengan cinta aku yang frust tu.

Siap bagi semangat lagi.DIA takde jeles pun.Cuma aku je yang jeles ngan DIA.Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA.So,aku kenalah usaha betul-betul.

Kata orang putih...what you give, you get back...so, kalau aku usaha lebih sikit,aku dapat lebih la kan?!KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.Perfect.Tu yang kadang-kadang tengah-tengah malam...area pukul 3-4 pagitu pun,kalau aku terjaga,aku sure akan contact DIA.Rindulah!!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya...millionare...billionare...dan ntah apa-apa aire lagi...Tu yang pemurah sangat tu.Semua keperluan hidup aku,DIA yang support...caya tak?Free of charge...tapi aku tak sedap hatila...mestila kena hargai apa yang DIA bagi tu kan?Mak aku kata, kalau orang dah bagi suka ke,tak suka amik je la...pastu pandai-pandailah membalas budi.Itu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...cheewah!

DIA suruh aku belajar bersungguh-sungguh.Kalau boleh belajar semua ilmu.Sebab,KEKASIH aku ni memang cerdik+genius+bijak+etc...

DIA kata tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat sia-sia.DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni.Emm...aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagipun.Belum bersedia la...tapi KEKASIH aku ni dah janji,suatu hari nanti mesti jumpa.Sekarang ni menghitung hari la aku ni.Tapi kecut perut gak!Takut!Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat yang DIA bagi tu,aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka.Mestila aku nak buat apa yang DIA suka,so that tambah-tambah sayang la kat aku kan?Takpe la,berkorban sekarang,sebab DIA janji,sapa-sapa yang DIA sayang,DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!Ish!Rindu sangat dah ni!!!!!


KEKASIHKU...AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN CINTA SUCI INI...WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN,MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI.TIDAK SAMA SEKALI WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA AKU TETAP BAHAGIA...


ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T.....CINTA TERAGUNGKU........



>> KOLEJ MATRIKULASI PERAK<<

Monday, November 27, 2006

Dengar nasyid sat...


Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP