Wednesday, November 28, 2007

KMK 11 di USM, Pulau Pinang

Semua peserta lelaki bergambar bersama
fasilitator dan urusetia



Berdiri penuh tekad dan semangat


Di Tasik Harapan

Menjelajah dan meneroka kebesaran

Maha Pencipta



KMK 11 kali ini yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

bertemakan

"Kepimpinan Menjana Kecemerlangan"

Moga-moga putera-puteri yang menghadiri Kem Minda Kreatif kali ini memperoleh sesuatu yang bermanfaat untuk mereka dalam mendidik diri mereka menjadi seorang pemimpin yang dikehendaki Islam itu sendiri, InsyaAllah.

KMK 11
USM Penang
24-26 Nov 2007

Monday, November 19, 2007

Hubungkan Diri Anda...




Dalam kehidupan seorang muslim, ia sepatutnya memiliki nombor telefon ini ; 24434 .Nombor ini lebih penting dari segala nombor-nombor yang lain.Nombor ayah ke, kawan ke, isteri atau teman wanita semuanya tak penting jika dibandingkan dengan nombor ini.Apabila tiba waktunya maka ia perlu segera "mendail" Rabbnya.Nombor yang ringkas namun penuh bermakna bagi diri seorang Islam.Jaringan hubungan antara hamba dengan Rabbnya.Jaringan ini lebih kuat dan hebat kesannya daripada mana-mana jaringan dalam dunia ini termasuklah jaringan internet yang serba moden dan luas ini.Nak tahu macam mana rasanya?Kenalah laksanakan.Namun begitu, jika berkehendakkan kepada kesan yang hebat dari nombor ini, maka anda kenalah laksanakan dengan penuh keimanan dan kekhusyukan.Jangan bagi ada yang ganggu.Nanti kacau 'line' habis pertalian terputus.Nak tau nombor apa ni...
Ni lah bilangan rakaat 5 waktu solat fardhu bagi orang Islam dalam sehari.Subuh:2 , Zohor:4, Asar:4, Maghrib:3 dan Isya':4.Untungnya orang yang melaksanakan tuntutan solat ini dengan penuh kekhusyukan dan keimanan, pasti akan dijauhkan dari maksiat dan kemungkaran.Satu lagi...Terbinanya jati diri muslim mukmin yang kuat dalam dirinya...Sebenarnya ada lagi...tetapi cukuplah sikit saya nyatakan di sini...Paling penting...
"Dirikanlah solat kerana ia tiang ad-deen"

Di Atas Nama Cinta (UNIC)

Album : Tika Itu
Munsyid : UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

DETIK KEMATIAN - Album Nur Insani (In-Team)

Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dah kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhéla lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Lagu : Frizdan
Lirik : Frizdan

Pernahkah kita...



Alam ciptaan Tuhan ini sememangnya indah dan unik.Namun, pernahkah kita memikirkan tentang maksud tersirat di sebalik kejadian Allah s.w.t. yang Maha Agung dan Maha Perkasa ini...

< Islam sebagai ad-deen >

Islam sebenarnya tidak wujud secara kebetulan tetapi Islam terbentuk natijah dari satu tarbiyah yakni tarbiyah Islamiyah.
Segala perbuatan dan tindakan berfungsi sebagai ibadah untuk mencapai keredhaan Allah.Barulah dikatakan sebagai pembentukan peribadi untuk melengkapi persediaan penerimaan Deen Islam secara total.
Islam datang daripada Allah dan semua kepentingan dan pengawasannya berada dalam genngaman Allah.
Mereka yang telah mempersaksikan Allah sebagai Rabb dan Illahnya perlu memikul amanah untuk melahirkan Islam dalam bentuk praktik hidup.
Ramai yang berpuas hati dengan pengakuan mereka telah menganut Islam, namun satu persoalan perlu difikirkan di sini, cukupkah dengan hanya sekadar pengakuan di bibir?
Perlu kita ketahui bahawasanya bila mana kita mengaku diri kita adalah seorang muslim, kita perlu memenuhi tuntutan-tuntutannya.
Islam bukan satu warisan.Orang yang lahir dalam sebuah keluarga Islam tetapi tidak melaksanakan hak-hak sebagi seorang Islam, maka di sisi Allah, tarafnya adalah jauh sekali dan sangat rendah.Oleh sebab itulah, mulialah hidup seseorang itu dengan adanya Islam dalam dirinya.

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP