Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Iman Mengawal Potensi, Meledakkan Perubahan


Sahabat yang sebenar, adalah yang saling melengkapi di atas paksi iman.
~Picture by http://lysa-bell.deviantart.com/


Hari ini (23/11), pensyarah subjek Ulum Quran saya, Dr Ridho Hawari masuk ke bilik kuliah dan mengajar tentang bab Pengumpulan Quran. Beliau sempat menyentuh tentang dua peribadi agung Islam, iaitu Saidina Abu Bakar as-siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab.

Katanya, kedua-dua sahabat Nabi s.a.w. itu ternyata memiliki peribadi yang saling bertentangan. Meskipun begitu, lihatlah bagaimana keduanya mampu membangunkan Islam dalam masyarakat.

“Lihatlah Abu Bakar. Peribadinya itu ittiba’ (sentiasa mengikuti) apa yang Rasul s.a.w. ajarkan. Tetapi Saidina Umar itu pula peribadinya ibtida’ (sentiasa inginkan pembaharuan).”

Doktor memberikan contoh peristiwa Perjanjian Hudaibiyah.

Wednesday, September 14, 2011

Cendekiawan Ilahi

~Jadilah umpama prisma

Sekarang adalah musim-musim peperiksaan bagi adik-adik UPSR, PMR dan SPM. Dari jauh menembak doa, moga Allah kurniakan yang terbaik untuk kalian. Amin.

Tetapi, musim ini juga adalah musim bermulanya semester baru pembelajaran bagi siswa dan siswa IPT.

Peperiksaan = Menuntut ilmu.


Kedua-dua itu adalah perkara yang cukup sinonim dikaitkan. Menuntut ilmu untuk cemerlang dalam peperiksaan. Kebiasaan hari ini, memang itu adalah orientasi yang sering menjadi ukuran.

Kadang-kadang, orientasi yang sebegini rupa menakutkan kita, kerana melihat ramai ‘cendekiawan-cendekiawan’ yang lahir tetapi kecendekiawanannya itu hanya di atas kertas, di bicara-bicara sahaja.

 Berbeza dengan ulama’-ulama’ seperti Imam Syafie, Imam Malik dan lain-lain yang merupakan benar-benar seorang cendekiawan di bidang ilmu dan amal.

Imam Syafie' itu seawal 9 tahun sudah menghafal Al-Quran, bahkan diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa ketika berumur 15 tahun. Tetapi, kedudukannya itu tidak membuatkan Imam Syafie' bangga dengan apa yang dimilikinya.

Jika dibandingkan kita ketika berumur 15 tahun dengan Imam Syafie' ketika berumur 15 tahun, terasa amat jauh sekali perbezaannya.

Ibn Sina, tokoh perubatan di dalam sejarah Islam, telah menghafal Al-Quran pada umur 10 tahun. Bahkan telah dilantik menjadi Doktor Diraja seawal usia 18 tahun.

Sebenarnya, ada matlamat yang lebih tinggi daripada sekadar ingin berjaya dalam peperiksaan. Ada matlamat yang lebih tinggi daripada sekadar ingin mendapatkan kedudukan.  [baca seterusnya di LangitIlahi.com]

Wednesday, September 7, 2011

Pemimpin Di Sekolah, Pemimpi Di Rumah



Pemimpin di sekolah, pemimpi di rumah?
~ Picture by Abu Umar


Masih ingat, ketika di zaman-zaman persekolahan dulu, sewaktu roh dakwah mula menyengati diri, terasa begitu bersemangat sekali untuk bekerja dan menzahirkan apa yang ada di dalam jiwa.

Jiwa rasa tidak senang, kalau hanya sekadar duduk diam sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Terasa berdosa bila biarkan masyarakat dalam alpa.

Tambahan ketika itu, berada dalam kampus sekolah, maka sasaran dakwah utama sudahlah semestinya yang bersama dengan kita di sekolah.

Ya. Memang bersemangat sekali. Dianugerahkan lagi dengan sahabat-sahabat yang memiliki dan mendokong kefahaman serta prinsip yang sama, serta nasihat dan bimbingan senior yang berpengalaman, maka semakin memuncaklah keghairahan dan kegentingan untuk terus bergerak dan bergerak.

Saturday, September 3, 2011

Puisi : Tanpa Hati


Kadang-kadang, di tengah perjalanan menuju Allah, tiba-tiba jiwa kita seolah-olah terasa kekeringan. Seolah-olah ibadah yang kita lakukan ini tidak memberi nilai kepada hati. Hati terasa gersang,hingga kadang-kadang, mungkin terasa sudah hilang kenikmatan dan keseronokan dalam beribadah.

Maka, sajak ini sebagai satu luahan hati. Hati yang sudah kehilangan ‘tempat’nya. Moga Allah bantu semula dalam ‘pencarian hati’ itu !

Beribadah tanpa hati ? Tidak mungkin sekali...
~ Picture by fiksi.kompasiana.com

 Ku persembahkan kalungan hatiku,
Demi meraih cinta agung yang satu,
Hari ini hatiku di sini bersama-Mu,
Entah esok mungkin alpa dihanyut arus nafsu.
Siapa yang tahu?

Kalbuku ini bukan aku yang punya,
Meski aku berhempas menyemai dan memanjakannya,
Betapa aku tahu ada harganya di sana,
Bila aku tidak lagi mampu menjaganya,
Apakah layak bagiku habuan syurga?

Selalu aku bermonolog sendiri,
Bila  hati kini mula tidak dipunyai,
Diri  tidak lagi tulus menjadi hamba Ilahi,
Ibadah hanya separuh hati,
Lantas aku bertanya pada diri,
Kenapa kegersangan hingga ke tahap ini?
Sedang dulu hebat sekali,
‘Berpesta ibadah’ di pentas Ilahi,

Silih berganti masa naik turun,
Memang itulah fitrah iman,
Tetapi jangan kufur pada masa mundur.
Kelak dirimu padang jarak padang tekukur,
Biar cinta berhenti di titik ketaatan,
Kerna itu sumbu nyalaan di perjuangan.

~ Sajak Tanpa Hati ~
AfdholulRahman CA
:: Penyejuk Jiwa ::
030911
10.45 malam
Rumah Penaga, Pulau Pinang
Hati Yang Kesesatan

Friday, September 2, 2011

Ambil Satu, Tinggalkan Satu Lagi



Mana mungkin berkongsi cinta yang berbeza arah ?
~ Picture by http://muslimahrijal.blogspot.com/

“Abang, macam mana kalau kita ni setiap hari solat. Tetapi, kita tak boleh nak tinggal tengok movie-movie yang ada unsur tak baik ni. Kadang-kadang jadi seronok pula tengok ‘benda’ yang macam tu. Macam mana tu?” tanya seorang adik.

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP