Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Anugerah Ratu Cantik Syurga


Nilai tinggi di dunia, jadi sebutan di syurga ! 
~Picture by http://laila-jihad.deviantart.com/~

Ratu cantik syurga, bukanlah yang sama seperti ratu cantik dunia.

Kalau ratu cantik dunia, kecantikan dan keseksian yang menjadi ukurannya, tetapi ukuran akhirat lebih tinggi daripada itu.

Ratu cantik dunia, hanya bersifat sementara. Masa mudanya, mungkin begitu jelita sehingga menggoda. Tetapi ketika tua, dunia pun sudah tidak memandangnya sehingga dia pun diabaikan.

Ratu cantik akhirat, adalah yang kekal selama-lamanya. Cantiknya kekal tidak fana. Keayuan dan kelembutannya bagaikan mutiara. Mahal yang tidak ada harganya. Di akhirat, dia sentiasa menjadi perhatian.

Tidak glamour di dunia tidak apa, tetapi biar glamour di syurga !

Sunday, October 31, 2010

Ibu Bapa Derhaka?


Baru-baru ini, saya bermesej dengan seorang adik daripada sebuah sekolah yang pernah saya laksanakan program bersama beberapa orang sahabat saya untuk dia dan rakan-rakannya yang lain.
Pada mulanya saya hanya bertanyakan khabar dia dan peperiksaan yang sedang ditempuhinya.
Kemudian dia teruskan perbualan dengan bertanya:
"Macam mana nak rajin solat dan kuatkan iman?Boleh tak abang bagi tips atau nasihat?"

"Sepatutnya solat itu menguatkan IMAN dan yakin kita pada Allah, kerana Allah telah sebut dalam Al-Quran, solat itu mencegah kemungkaran, orang yang BERJAYA adalah orang beriman yang khsyuk dalam solatnya. Jadi abang boleh bagi tips kat awak:
1) Nak berjaya mestilah jaga hak Allah, solat itu adalah hak Allah terhadap kita yang mesti kita tunaikan. Orang yang tak solat ataupun mengabaikannya orang yang gagal.


2) Solatlah dalam keadaan kita faham makna ayat yang kita baca. Berusahalah untuk faham makna ayat dengan kita melazimi bacaan Al-Quran dan makna setiap hari. Sekurang-kurangnya 1 muka 1 hari.


3) Banyakkan berdoa supaya Allah jadikan kita hamba yang taat kepada Dia, berakhlak mulia, faham Islam dengan lebih mendalam.


4) Niat dan kesungguhan kita sangat penting kerana tanpa niat yang betul dan kesungguhan, kita tidak mampu buat perubahan pada diri." Ini antara jawapan yang saya balas padanya. [Read more...]

Friday, February 20, 2009

Muslimah Solehah Sebaik-baik Perhiasan



Sejak dahulu hingga kini,kaum wanita selalu menjadi sorotan dan perbualan hangat serta sentiasa menonjol dalam pentas sejarah manusia, hinggakan raai pemikir dan ahli falsafah barat dan Islam mengadakan penyelidikan terhadap wanita dan keunikannya.

Gambaran seniman terhadap wanita sungguh menakjubkan serta memukau diibaratkan seperti bintang di angkasa,bulan dan matahari serta bunga yang indah menawan.

Menurut penyelidikan bijak pandai bahawa wanita di dunia ini telah melalui beberapa tingkat pemikiran dan falsafah yang berbeza umpamanya dikatakan;

"Wanita itu makhluk berambut panjang dan berfikiran pendek" (Schopenhaeur)

"Wanita itu kala jengking,setiap saat menyepit mereka itu tembok syaitan" (Bonaventure)

Namun Islam telah meletakkan kaum wanita pada tempat yang sesuai dengan fitrah manusia.Diciptakan Allah sbagai pasangan hidup kaum lelaki utuk meneruskan hidup di muka bumi bila tiba saat dan waktu yang ditetapkan.Lelaki tidak akan tenteram hidupnya tanpa didampingi oleh wanita.Demikian juga sebaliknya.


Wanita juga bukanlah binatang buas,bukan dewi yang perlu dipuja dan disembah.Bukan jua setaraf kaum lelaki kedudukannya tetapi wanita adalah wanita walaupun di mana dan apa jua keadaannya sekali pun.Wanita punyai hak dan kewajipan terhadap PenciptaNya sama seperti lelaki bila tiba saatnya nanti akan dipersoalkan segala tindakannya.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud;

"Dunia ini adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah"

Siapakah yang dimaksudkan dengan wanita yang solehah itu?Wanita solahah adalah wanita yang memeliki kecantikan asli,secara fizikal darah daging dan tulang belulangnya bersih dari benda yang haram, batinnya bersih dari kotoran kejiwaan,mempunyai kemantapan iman yang jitu di hati.Dalam erti kata lain,hakikat kecantikan wanita adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan rasulNya serta mencintai pencinta-pencinta Allah.

Istilah SOLEHAH adalah sebaik-baik jolokan terhadap wanita. Namun untuk mencapai tahap wanita solehah,bukanlah sesuatu perkara yang mudah jika tidak memiliki iman yang padu.Bukan sebarangan wanita yang berhak memiliki gelaran tersebut,kerana ia hanya diberikan kepada mereka yang menepati ciri-ciri yang telah digariskan oleh Islam sahaja.


Antara ciri-ciri untuk mencapai tahap wanita solehah ialah;

1) Taat dan patuh kepada Allah iaitu melebihi kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah saw serta berjihad melebihi keduniaan.

2) Menutupi keseluruhan aurat dan tidak berhias untuk mempamerkan kecantikan, melainkan dalam rangka ketaatan berdasarkan al-Qurab,hadis dan pendapat para ulama.Hukum Islam yang menetapkan bahawa pakaian wanita muslimah haruslah memenuhi syarat-syarat berikut:-

** Pakaian itu menutupi keseluruhan aurat kecuali apa yang telah ditetapkan dalam Islam.

** Tidak terlalu nipis sehingga nampak bebayang tubuh badan dari luar.

** Tidak terlalu ketat dan sempit.

** Warna pakaian itu suram dan gelap sehinggakan lelaki tidak bernafsu melihatnya.

** Tidak menyerupai pakaian lelaki atau wanita kafir.

** Pakaian itu bukan untuk bermegah-megah.

Demikianlah betapa tertibnya peraturan Islam tentang pemeliharaan aurat yang mana bila diabaikan boleh mengundang pelbagai fitnah pada diri wanita itu sendiri.

3) Tidak berhias dan bertingkah laku seperti wanita jahiliyah.

4) Tidak keluar bersendirian (tanpa tujuan munasabah) dan tidak pula bersama mana-mana lelaki pun kecuali ditemani mahramnya.Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud;

"Sesungguhnya telah diizinkan Allah bagimu(wanita)keluar untuk suatu keperluan yang dibenarkan olah syara' " (Riwayat Bukhari)

Dan sabda baginda saw lagi yang bermaksud;

"Tidak sekali-kali seorang wanita dan lelaki berdua-duaan kerana yang ketiganya adalah syaitan kecuali disertai mahramnya"

5) Selalu membantu sesama Islam dalam perkara kebenaran,kebajikan dan taqwa.

6) Berbuat baik kepada ibu bapa.Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Dan Kami perintahkan(berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya,ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang lemah dan bertambah-tambah dan menyusukannya dalam tempoh 2 tahun,bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapa kamu,hanya kepadaKu lah tempat kembali" ( luQman : 14 )

7) Sentiasa berinfaq baik dalam keadaan sempit maupun dalam keadaan lapang.Sabda baginda saw yang bermaksud;

"Wahai sekalian wanita,bersedakahlah kamu dan perbanyakkanlah mohon ampun kerana Aku tahu kebanyakan daripada kamu adalah penghuni neraka" (Riwayat Muslim)

8) Tidak berdua-duaan dengan lelaki asing.Sabda baginda saw yang bermaksud;

"Jangan sekali-kali berdua-duaan dengan lelaki dan wanita kerana yang ketiganya adalah syaitan"

9) Bersikap baik dengan tetangga.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

"Demi Allah yang jiwaku ditangannya tidaklah seorang itu disebut beriman sehingga ia senangkan tetangga apa yang dia senangi untuk dirinya" (Riwayat Bukhari Muslim)

Sebenarnya masih banyak lagi ciri-ciri wanita solehah jika dihuraikan secara mendalam. Namun anggaplah nukilan di atas memadai sebagai pegangan dasar.Paling tidak keterangan di atas secara global dapat kita meng 'indentifikasi' kan wanita solehah dari yang lain.

Andainya ciri-ciri tersebut masih belum terdapat pada diri anda sebagai seorang muslimah secara keseluruhannya, tidak bererti kita ini tidak solehah,tetapi skala ke 'solehah' an kita itu masih kecil dan kita harus menyempurnakan untuk mencapai tahap wanita solehah dan memiliki cinta Allah dan rasulNya.Seterusnya mengecapi ketenangan dan kedamaian jiwa di dunia yang fana dan syurga yang abadi.

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP