Sunday, January 8, 2012
Saturday, December 10, 2011
Iman Mengawal Potensi, Meledakkan Perubahan
![]() |
| Sahabat yang sebenar, adalah yang saling melengkapi di atas paksi iman. ~Picture by http://lysa-bell.deviantart.com/ |
Posted by Unknown 2 comments
Labels: Cerita dan Kisah, Dakwah, Iman, Islam, Perkongsian, sahabat, Tazkirah
Friday, September 16, 2011
Cinta Di Jalan Para Pejuang
![]() |
| ~ Ukhuwah yang menakjubkan, kekuatan dalam perjalanan |
Posted by Unknown 8 comments
Labels: Coretan Hati, Motivasi, Nota Tarbiyah, Perkongsian, sahabat, Ukhuwah
Saturday, September 10, 2011
Puisi : Terbang
Posted by Unknown 1 comments
Labels: Coretan Hati, Dunia, Perkongsian, sahabat, Sajak
Thursday, December 16, 2010
KMK Penang Menggamit Hati
Alhamdulillah, selesai sudah Kem Minda Kreatif Pulau Pinang bagi sesi 2010.
Nampaknya KMK kali ini berlansung dengan begitu baik dan menerima komen serta pandangan positif dari pelbagai pihak baik peserta mahupun ibu ayah.
Syukur sekali kerana Allah s.w.t. telah memilih gandingan mantap antara pak cik -pak cik serta mak cik-makcik, abang-abang dan kakak-kakak senior dalam KMK serta tenaga-tenaga muda yang baru untuk bersama-sama menjayakan KMK kali ini. Semuanya bersatu tenaga, berpadu hati untuk menjayakan KMK kali ini.
Huh...Masih begitu terasa bahangnya sampai sekarang.
PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA
Jazakumullah khairan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan KMK Penang 2010. Sungguh saat ukhuwah itu sangat indah !
Tahniah buat Pengarah, sdr Muhd Suhaib bin Mohd Shapiee serta timbalan pengarah, kak Amalina bt Che Ani (hehe...) atas kegigihan dan kesungguhan dalam menjayakan KMK kali ini.
Buat barisan urusetia dan fasilitator putera dan puteri, sumbangan kalian dalam KMK kali ini amatlah dihargai. Masing-masing bekerja keras berpadu tenaga siang dan malam untuk 'serve' yang TERBAIK untuk adik-adik.
![]() |
| Barisan Amilin Putera yang gigih bekerja - Urusetia dan Fasilitator |
![]() |
| Barisan Amilin Puteri yang tidak pernah kenal erti penat - Urusetia dan Fasilitator |
Benar sekali. Aku, kau dan kita semua adalah mata rantai kepada perjuangan itu.
Kita akan terus bersama untuk perjuangan itu meskipun jauh terpisah beribu batu selepas ini.
Doakan.
Buat adik-adik peserta putera dan puteri,
Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian yang menjayakan KMK kali ini.
Kalianlah sebenarnya yang menjadi penyeri di hati kami.
Abang sangat bersyukur dapat mengenali kalian semua.
![]() |
| Barisan adik-adik putera harapan ... |
![]() |
| Barisan adik-adik puteri harapan... |
Rasa kekeluargaan dan persaudaraan itu begitu jitu di hati abang.
Kalianlah sebenarnya HARAPAN ISLAM.
Moga Allah mempertemukan kita lagi pada masa akan datang.
![]() |
| Kita akan terus KE PUNCAK ! Yarghhh!! |
REMAJA DINAMIK, KEHIDUPAN FANTASTIK
Kita semua akan berusaha ke arah itu. Dinamik dan sentiasa proaktif dalam kehidupan.
Misi untuk melakukan yang TERBAIK dalam kehidupan tidak akan pernah padam!
Kerana HARI INI adalah MILIK KITA !
Esok ? Belum tentu ada....
Semalam? Sudah pun berlalu...
Marilah kita jadi seperti Khalid Al-Walid, jiwanya sangat kuat demi Islam yang dicintainya. Hidupnya dihabiskan untuk menjadi Pedang Allah yang sentiasa mempertahankan kemuliaan Islam.
Jadilah kita seperti Al-Barra' bin Malik, tubuhnya kecil, namun kualitinya besar. Ia tidak pernah gentar akan musuh, bahkan hatinya penuh terhias dengan keinginan syahid yang tinggi nilainya.
Letaklah pergantungan pada Allah dalam kehidupan seperti 'Ala Al-Hadrami di saat tiada kapal mahupun pengangkutan untuk menyeberang laut menewaskan pihak lawan, namun kebersamaan Allah itu menjadi penyelesaian masalah.
Mereka yang sentiasa DINAMIK ! Kehidupan mereka menjadi FANTASTIK pada pandangan ramai dan sejarah.
Kita juga MAMPU seperti mereka itu.
Mari bergerak ke arah itu.
Kita MAMPU dan MAMPU ...!
Kita akan bergerak dan terus bergerak...
"Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam, Esok Lebih Cemerlang Dari Hari Ini"
![]() |
| Kesusahan bukanlah PENGHALANG ! |
PENUTUP TAHUN, PERMULAAN KEPADA YANG LEBIH BAIK
Kita menghampiri penghujung Disember.
Namun, kita juga baru sahaja memasuki Awal Hijrah.
Mari garap diri kita untuk sama-sama melakukan perubahan pada jiwa, hati dan pemikiran serta gerak-geri kita.
"Begin with the end in mind"
Supaya hari yang kita miliki ini benar-benar hari yang TERBAIK buat diri kita !
Sekian,
Coretan ringkas KMK Penang 2010.
161210
10.18 PAGI
PENAGA, S.P.U.
Posted by Unknown 5 comments
Labels: Cerita dan Kisah, Motivasi, sahabat, Tamrin dan Kem
Saturday, September 18, 2010
Beliau Telah Kembali Dengan Bahagia....
Posted by Unknown 0 comments
Labels: Cerita dan Kisah, Motivasi, Perkongsian, sahabat, Tazkirah
Saturday, April 3, 2010
Khas Buatmu Sahabat II
Baru sahaja pulang dari menziarahi Suhaib. Alhamdulillah, ada 'improvement' dalam proses recovering beliau.
Penyusunan Allah sangat cantik dan indah. Tak dapat nak digambarkan betapa terlalu besar dan agungnya Allah s.w.t.
Lama tak menulis...
Kadang-kadang hati rasa terganggu untuk menulis. Terusik dengan pelbagai macam perasaan.
Entahla, bercampur aduk perasaannya.
Tapi, ku gagahkan juga mengangkat tangan menaip huruf demi huruf, perkataan demi perkataan.
Ku harapkan dengan ayunan langkahan ini, Allah redha pada diriku juga sahabatku, Suhaib.
PROSES RECOVERING YANG BEGITU CEPAT DAN LUAR BIASA
Saya baru saja balik dari menziarahi beliau pada pukul lebih kurang 11 pagi tadi. Beliau sudah diizinkan untuk pulang ke rumah. Sekarang, beliau sudah mula boleh bercakap, tapi masih perlahan-lahan sementara menunggu bahagian leher yang ditebuk tempoh hari sembuh semula serta menunggu bahagian rahangnya sembuh sepenuhnya.
Katanya, doktor pun begitu hairan dengan proses recovering beliau yang begitu cepat. Beliau amat yakin ini adalah berkat doa daripada sahabat-sahabat.
Dalam masa ini, beliau kelihatan agak kurus kerana masih belum boleh dibenarkan untuk makan. Jadi, buat sementara waktu selama hampir 5 minggu sementara menunggu rahangnya betul-betul sembuh, beliau hanya boleh mengisi perut dengan minuman seperti susu dan sebagainya. Beliau sudah boleh berjalan menggunakan tongkat. Mungkin dalam 3 minggu lagi, InsyaAllah, beliau boleh berjalan seperti biasa semula.
4 hari di Hospital Tunku Fauziah, Perlis dan 2 minggu lebih di General Hospital Pulau Pinang.
Jangka masa yang agak lama.
Tapi, dalam masa bermula peristiwa itu hinggalah sekarang, kata Suhaib, dia tak pernah rasa sakit pun.
MasyaAllah...!
Saya pernah menziarahi beliau sebelum ini. 2 kali.
Kali pertama sewaktu dia masih lagi di ICU Hospital Tunku Fauziah dan kali kedua sewaktu dia mula dipindahkan ke General Hospital Pulau Pinang.
Saya pergi untuk kali yang ketiga, tapi tak berpeluang menziarahinya kerana masih di dewan pembedahan.
Suhaib memang orang yang kuat. Saya amat yakin kekuatan ini datang dari KEKUATAN IMAN pada Allah.
Dalam keadaan sakit dan terbaring pun begitu nampak bersemangat, kuat dan berkeyakinan. Terdetik di hati saya, beliau memang Suhaib Ar-Rummi.
Ya. SUHAIB IBN SINAN AR-RUMMI.
Sewaktu hijrah, beliau meninggalkan semua harta yang ada pada beliau.
Sebab apa?
Kafir Quraisy tidak puas hati terhadap beliau, kerana ketika beliau datang ke Makkah, beliau tidak ada apa-apa langsung. Sebab itulah ketika beliau keluar hendak berhijrah, maka kafir Quraisy tidak melepaskan beliau melainkan beliau melepaskan semua hartanya.
Suhaib tanpa ragu-ragu, penuh berkeyakinan melepaskan semua hartanya. Dia hanya mampu menyelamatkan deen-Nya, Islam.
Rasulullah s.a.w. menyambut ketibaannya di Madinah dengan mendoakannya yang bermaksud, "Beruntunglah Suhaib ! Beruntunglah Suhaib ! Beruntunglah Suhaib ! ."
Pernah Rasulullah s.a.w. menegur Suhaib ketika beliau sedang makan kurma, ketika itu sebelah matanya sakit dan bengkak. Rasulullah berkata padanya, "Bukankah matamu sakit, kenapa engkau makan kurma?"
Jawab Suhaib, "Aku makan kurma ini dengan sebelah mataku yang sihat."
Teringat juga kisah Habib An-Najar yang pernah diceritakan oleh mas'ul saya. Katanya, Habib An-Najar ni dalam keadaan dia telah mati pun, masih berdakwah, ajak manusia kepada kebaikan.
Kata Suhaib pada saya, "Bila jadi accident ni, ana belajar untuk redha dengan Allah."Ya... REDHA PADA ALLAH.
Itulah kunci utama dalam kehidupan kita, bukan?
Baik atau buruk...
Susah atau senang...
Ujian dan dugaan...
Semua itu adalah PROSES untuk diri kita.
Proses untuk meningkatkan keyakinan dan redha kita pada Khaliq yang menciptakan kita.
Ya. Dan saya belajar untuk redha juga.
Dia pesan supaya saya sentiasa kuatkan diri.
Hairan sungguh. Beliau masih belum sembuh, tapi risaukan saya.
Suhaib...Suhaib...
Moga Allah kasihkan anta.
Beruntunglah anta, Suhaib !!!
BEBERAPA PERKONGSIAN UNTUK DIRI INI YANG SERING LUPA
Suhaib ada ceritakan beberapa mimpi yang dia alami ketika terlantar di hospital. Ada antaranya yang tidak dapat dilihat oleh siapa-siapa pun melainkan dengan izin Allah. Saya tidak minta untuk kita percaya kepada mimpi seratus peratus kerana mimpi tidak boleh dijadikan dalil dalam kehidupan. Namun, kita boleh ambil iktibar dan pengajaran.
Ada antara perkara yang diceritakan itu benar-benar menyentuh hati saya. Tapi, biarlah ia menjadi rahsia. Semoga yang mengetahuinya mengambil iktibar. Sampai masanya, saya akan ceritakan.
Kita hidup di atas muka bumi ini tidak lama. Hanya sementara.
Rasulullah s.a.w. menggambarkan dalam hadisnya yang mafhumnya bermaksud, "Aku dan dunia ini tidak ada apa-apa melainkan umpama seorang musafir lalu singgah berteduh di bawah sebatang pohon, lalu sesudah rehat, beliau menyambung kembali perjalanannya menuju ke destinasinya."
Inilah hakikat kehidupan kita yang pasti. Kita datang daripada Allah. Kita pasti akan kembali kepada Allah.
Namun, yang perlu dipersoalkan terhadap diri, "Apakah yang kita akan bawa ketika kembali dengan Allah s.w.t.?"
Cukupkah dengan kerja kita selama puluhan tahun?
Cukupkah dengan segulung ijazah kejayaan dalam pengajian?
Sudah tentu tidak. Kita berpenat lelah bekerja siang dan malam belum tentu menjamin masa depan kita di depan Allah kelak.
Kita berjaya dalam pelajaran, pun belum tentu berjaya di akhirat kelak.
melainkan...
Kita sentiasa menjaga produktiviti iman kita, hubungan kita dengan Allah.
Kita kerja adalah untuk meningkatkan iman kita kepada Allah. Kita belajar dan menuntut ilmu supaya kita lebih takut dan taat kepada Allah.
Keyakinan kita terhadap adanya hari akhirat menyebabkan kita sentiasa dalam keadaan bersiap-sedia untuk balik bertemu dengan Allah dalam keadaan yang Allah redha.
Bagi sahabat saya, Suhaib, saya sentiasa doakan Allah gantikan apa yang berlaku ini dengan seribu satu kebaikan. Kesabaran dan kekuatan beliau memang membuatkan saya betul-betul teruja. Di zaman Islam dagang ini, cukup susah untuk bertemu dengan pemuda seperti Suhaib. Zaman yang dikuasai oleh sistem jahiliah. Gagal melahirkan manusia-manusia yang takut dan redha pada Allah.
Allah sentiasa membuat tapisan terhadap hamba-Nya untuk menguji keimanan dan keikhlasan hamba-hambaNya. Sesiapa yang bersabar menempuhi tapisan Allah ini, maka dia adalah orang yang berjaya di sisi Allah. Tapisan demi tapisan inilah yang akan membuatkan kita lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah. Tidak ramai yang berjaya dengan tapisan Allah melainkan begitu sedikit sekali.Sebab itulah, kita perlu berusaha untuk jadi di kalangan yang sedikit itu, InsyaAllah.
SAMBUNGAN...
Saya rasa cukup dulu perkongsian untuk post kali ni. Ada banyak lagi yang nak dikongsikan. InsyaAllah, saya akan kongsikan dari semasa ke semasa. Saya memohon kemaafan jika tulisan saya tidak dapat difahami.
Hati agak terganggu. Namun, saya rasa lebih tenang selepas ziarah tadi.
Ujian Allah untuk diri kita itu sentiasa ada. Namun, ujian yang diterima berbeza-beza. Ada yang berat, ada yang ringan. Namun, yang pasti, Allah tidak datangkan ujian melainkan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi iman kita dan supaya kita lebih akrab dengan Allah.
Wallahu a'lam.
Doakan Suhaib.
Posted by Unknown 2 comments
Labels: Cerita dan Kisah, Perkongsian, sahabat
Wednesday, March 17, 2010
Khas Buatmu Sahabat....
Buat saudaraku serta sahabatku,
[Khas buat saudara dan sahabatku, kiranya aku berada di tempatmu....]
Sudah beberapa tahun rasanya, mengenali dan bersahabat dengan insan hebat ini, Muhammad Suhaib bin Mohd Shapiee. Bukan senang bertemu dengan sahabat seperti dia. Beberapa tahun bersama dengan beliau, memang saya dan sahabat-sahabat sudah mengenali dan akrab dengan beliau.
Berwajah ceria. Bersemangat. Baik orangnya.Banyak juga masa yang dihabiskan saya bersama dengan dia dalam masa beberapa tahun ni. Kami merancang bersama. Berprogram bersama. Bahkan pernah menjadi teman sebilik, warden dan guru sambilan di sekolah yang sama sebelum menunggu keputusan SPM.
Dalam masa itu, banyak suka duka, susah senang dikongsi bersama. Beliau memang insan yang mudah memahami dan suka memudahkan orang lain. Inilah hebatnya insan yang lahir daripada celupan tarbiyah Islamiyah. Sentiasa berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan suka membantu. Sebab itu, ramai yang senang akrab dengan beliau.
Saya kenal beliau juga sebagai seorang abang yang penyayang dan bertanggungjawab pada adik-adiknya. Saya pernah terdengar perbualannya melalui telefon satu ketika dulu, mungkin dengan adiknya, katanya "Along sayang semua adik-adik along."Memang benar, beliau seorang yang menyayangi adik-adiknya.
Adik-adiknya pun rapat dengan beliau. 2 adik lelaki, 3 adik perempuan. Adik lelakinya, Utbah dan Umair, memang saya kenali mereka.
Entahla...
Kalau nak cerita, terlalu banyak...
Post ke berapa entah baru akan habis...
Suhaib memang antara orang yang aktif berprogram. Baru-baru ini, beliau mengikuti sebuah perkhemahan di Perlis, beliau bertugas sebagai warden, menguruskan bahagian penginapan peserta. Memang dilaksanakan amanah yang diberi kepada beliau itu dengan penuh bertanggungjawab.Hari pertama berlalu...
Hari kedua...
Dan hari yang seterusnya...
Entahla...saya rasa begitu berat menulis...
Bukan kerana malas, tapi ....
Allah saja yang Maha Mengetahui...
Tak dapat tahan lagi.....
Minta maaf....tak dapat teruskan.
Mintalah DOA daripada semua sahabat, saudara, yang pernah mengenali beliau.
Baru saja menziarahi beliau, ternyata beliau memang seorang yang kuat dan tabah.
Beliau minta kita semua doakan beliau.
Hampir saja mengalir air mata saya ketika tangan kiri beliau menggenggam erat tangan saya sambil memberi isyarat melalui tangan kanan seolah-olah ingin memberitahu, "Jangan risaukan ana. Ana OK. Jangan lupa doakan ana."
Dalam keadaan begitupun, masyaAllah....
Anta memang kuat, Suhaib...
Moga Allah terus bagi kekuatan dan kesejahteraan pada anta....
Pada sahabat-sahabat lain, moga Allah balas kebaikan antum.
Sokongan dan dorongan daripada antum amat ana hargai.
Jangan risau,
Teruslah berdoa untuk sahabat ana, Suhaib.
Moga Allah redha pada kalian.
Posted by Unknown 6 comments
Labels: Perkongsian, sahabat














