Thursday, December 6, 2007

Berubudiah Kepada Allah

Sub: Islam Yang Dikehendaki

Kita perlu bertindak dari sekarang untuk melahirkan kesejahteraan hakiki.Jika diteliti, kerja-kerja ini amat berat.Ia memerlukan keikhlasan dan kesungguhan yang berterusan.Kesungguhan seperti ini hanya akan ada pada mereka yang jelas dan terang jalan dan matlamat yang hendak dituju.

Justeru, kita perlu meneliti dan mengikuti semula Islam sepertimana yang Allah s.w.t. kehendaki.Hanya dengan jalan ini kita akan menemui matlamat yang jelas itu.Sebenarnya penjelasan telah pun Allah swt berikan kepada manusia.Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk berubudiah kepada kepada-Ku" (Surah az-Dzariyat:56)

Berhubung dengan ayat ini,Sayyid Qutb menjelaskan dalam kitab Fi Dzilal Al-Quran, "Di sana ada matlamat yang tertentu tentang penciptaan jin dan manusia.Ini jelas dapat dilihat melalui tugas yang perlu dilaksanakan oleh setiap jin dan manusia.Sebenarnya, jin dan manusia diciptakan untuk berubudiah kepada Allah SWT.Sesiapa yang cuai, maka ia sendiri telah memesongkan hakikat sebenar ia dijadikan.Kalau tidak bermatlamatkan ubudiah, maka tidak berfungsilah jin dan manusia itu.Tanpa matlamat ini, hidup akan kosong, walaupun seluruh tenaga, masa, wang ringgit dan fikiran dicurahkan.

Wednesday, December 5, 2007

Satu-satunya Deen

Sub : Islam Yang Dikehendaki

Kita mestilah meyakini dan mensyukuri Islam sebagai satu-satunya cara hidup (Deen) yang diredhai dan diterima oleh Allah s.w.t.Agama-agama atau deen-deen yang lain semuanya tidak diterima dan sia-sia di sisi Allah s.w.t.Berdasarkan firman Allah s.w.t dalm surah Ali Imran ayat 19 yang berbunyi:

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُ‌ۗ

"Sesungguhnya deen (cara hidup) di sisi Allah ialah Islam ."Hanya mereka yang memilih Islam akan beruntung.Keuntungan tersebut bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat.Sekiranya kita memilih selain dari Islam sebagai jalan hidup kita, maka kita akan termasuk orang-orang yang rugi.Firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran ayat 85 yang berbunyi:


وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ

"Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai ad-deen(cara hidup), maka sekali-kali tidak akan diterima darinya (cara hidup itu) dan dia di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi"

Dan mereka yang rugi di akhirat ialah orang yang rugi sebenar-benarnya sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Az-Zumar ayat 15-16 :

فَٱعۡبُدُواْ مَا شِئۡتُم مِّن دُونِهِۦ‌ۗ قُلۡ إِنَّ ٱلۡخَـٰسِرِينَ ٱلَّذِينَ خَسِرُوٓاْ أَنفُسَہُمۡ وَأَهۡلِيہِمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۗ أَلَا ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡخُسۡرَانُ ٱلۡمُبِينُ (١٥) لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلٌ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِہِمۡ ظُلَلٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ يُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُ ۥ‌ۚ يَـٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ

"Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang syirik) apa yang kamu kehendaki selain-Nya.Katakanlah"Sesungguhnya orang yang rugi ialah orang yang merugikan diri mereka dan ahli keluarga mereka pada hari Qiamat".ingatlah yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.Bagi mereka lapisan-lapisan dari api neraka atas mereka dan di bawah merekapun lapisan -lapisan (dari api neraka).Demikianlah Allah mempertakuti hamba-hambaNya dengan azab itu.Maka bertaqwalah kepada Ku wahai hamba-hamba Ku."

Tuesday, December 4, 2007

Putera Puteri(feat: Hisyam)

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam

Engkau bagaikan mutiara berharga

Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumahtangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayahbonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama
Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai pewira yang berjasa
Bangunlah oh puteriku
dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkanlah pendirian
Puteta puteri harapan masa depan

LAGU:AMIN INTEAM
Lirik :AMIN INTEAM

Monday, December 3, 2007

Pengajaran Dari Satu Penampar

Pengajaran dari satu penampar Mungkin ini boleh kiter jadikan satu pengajaran & sebagai renungan bersama........Pengajaran dari satu penampar Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan 1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya? 2. Apakah yang dinamakan TAKDIR? 3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.

Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda : Saya amat tidak faham...??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda : Ya....!
Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda : Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak? Pemuda : Tidak....!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini? Pemuda : Tidak....!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini? Pemuda : Kulit dan daging...!!!
Pak Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu...?
Pemuda : Kulit dan daging....!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih....!!!?
Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya...!!
Pemuda : Allahuakbar! "ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG.. ITULAH JANJI ILAHI" 'Alangkah terasa hidup sia-sia.. Ruang fikiran hanya dengan ilmu dunia, Alangkah ruginya usia yang pergi.. Jika amalan bukan untuk alam abadi.'

Islam Pilihan Kita

Islam merupakan satu agama yang telah kita akui sebagai ikutan kita.Dengan agama inilah kita diperintahkan hidup dengannya.Hanya dengan Islamlah kita mendapat kebenaran hidup yang hakiki sedangkan selainnya adalah kebatilan dan kepalsuan.

Ta'rifan Islam sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr Abdul Karim Zaidan bermaksud patuh, tunduk dan menyerah kepada perintah Allah SWT semata-mata.Patuh, tunduk dan menyerah ini perlu sedar dari jiwa yang sedar dan insaf, iaitu kesedaran dan keinsafan dalam bentuk memahami ilmu-ilmu Islam yang benar dan sahih.Firman Allah SWT:

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا (٨) قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا (٩) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا (١٠)
" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." As-Syams : 8-10

Manusia diberikan akal untuk membuat pilihan.Bebas untuk memilih dua jalan yang disediakan di mana keputusan daripada pemilihan itu akan menentukan hakikat kehidupan di akhirat kelak.Di sinilah perlu berfikir panjang.... Mereka yang memilih Islam bererti mereka telah menentukan kehidupan mereka di akhirat kelak dengan izin Allah SWT.

Memilih Islam di sini bermaksud ciri-ciri Islam lahir dalam tingkah laku, peribadi, percakapan dan sebagainya yang mempunyai hubungan dengan syara' dan hubungan- hubungan dengan Islam itu sendiri.Maknanya perbuatan seorang Islam itu mewakili keperibadian Islam yang Allah SWT kehendaki.Sekiranya pilihan mereka tidak tepat, iaitu tidak memilih tetapi memilih jalan lain, hasilnya mereka akan mendapat pembalasan dan penderitaan yang hebat daripada Allah SWT. Terpulanglah kepada kita untuk memilih dua jalan ini.Allah SWT telah menjelaskan dua tempat khas akibat kepada pemilihan dua jalan ini.Firman Allah SWT:

أَفَمَن كَانَ مُؤۡمِنً۬ا كَمَن كَانَ فَاسِقً۬ا‌ۚ لَّا يَسۡتَوُ ۥنَ (١٨) أَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَلَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلۡمَأۡوَىٰ نُزُلاَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٩) وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُواْ فَمَأۡوَٮٰهُمُ ٱلنَّارُ‌ۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓاْ أَن يَخۡرُجُواْ مِنۡہَآ أُعِيدُواْ فِيہَا وَقِيلَ لَهُمۡ ذُوقُواْ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ (٢٠)
"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka bagi mereka syurga tempat kediaman sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan.Dan adapun ortang-orang yang fasiq maka tempat mereka adalah neraka.Setiap kali mereka hendak keluar daripadanya mereka ikembalikan lagi ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka"Rasakanlah seksaan neraka yang dahulu kamu dustakan". As-Sajdah : 19-20

Kembali kepada ta'rif Islam iaitu tunduk dan patuh serta menyerah daripada jiwa yang sedar dan insaf untuk memilih jalan yang baik atau buruk.Bagi seseorang muslim, ia bersifat berkorban dalam memilih Islam sebagai jalan hidupnya dan mengenepikan jalan-jalan lain.Atas pengorbanan inilah Allah SWT menyediakan balasan syurga.Balasan ini diberi berdasarkan tepatnya kita memilih jalan hidup tadi. Berbeza pula dengan keadaan makhluk Allah SWT yang lain seperti air, pokok, api (selain dari jin dan manusia), patuh, tunduk dan taat mereka kepada sisitem Allah SWT tidak menimbulkan apa balasan buruk atau baik.Ini kerana tunduk, taat, patuh dan menyerah kepada mereka adalah secara terpaksa. Bagi kita peluang untuk memilih disediakan, sama ada untuk tunduk, taat dan patuh kepada Allah SWT atau sebaliknya.Pemilihan ini berdasarkan kesedaran dan keinsafan yang tercetus daripada perasaan keimanan yang bersih melalui iman yang betul dan sahih.Garisan atau perbezaan ini menjelaskan mengapa Allah SWT menyediakan balasan buruk dan baik kepada manusia.Firman Allah SWT:

لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (١١)

"Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran di muka dan di belakangnya mereka menjaganya atas perintah Allah.Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka.Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan sekali-kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia" Ar-Ra'd : 11

Dengan demikian bagi manusia , jelaslah hanya ada dua pilihan dalam kehidupan dunia ini sama ada dia memilih hidup dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT atau memilih hidup dalam peraturan al-hawa (peraturan yang disusun oleh hawa nafsu manusia). Apabila seseorang itu memilih Islam sebagai agamanya, maka dalam praktik hidupnya ia harus memperjelaskan, mengiklankan dan mempersaksikan dalam segala amal perbuatan walau di mana sahaja ia berada.Tidak kira di pejabat, sawah, sekolah, padang, bilik air dan sebagainya.Biarpun dia seorang pelajar, pensyarah, petani, jururawat, doktor, menteri dan sebagainya haruslah sentiasa berada di atas dasar peribadi Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu lahir dari sifat-sifat patuh, tunduk, taat dan menyerah kepada peraturan hidup Islam, yang telah digariskan oleh Allah SWT. Kepatuhan, ketundukan, ketaatan dan penyerahan tadi dalam bentuk-bentuknya yang menyeluruh di segenap urusan hidup kita.Pemilihan sebahagian daripadanya tidak dikira sebagai hakikat kepatuhan yang sebenarnya.Firman Allah SWT: وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَـٰمِ دِينً۬ا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ (٨٥) "Barangsiapa yang mencari selain Islam sebagai cara hidupnya, maka sesekali tidak akan diterima darinya (tindakan tersebut) dan ia di akhirat kelak termasuk gologan yang rugi." Ali Imran : 85 Jelaslah di sini hanya sesiapa yang menyerah dirinya sepenuhnya kepada Allah SWT itulah sebenarnya telah menerima hakikat pemilihan Islam.Pemilihan Islam sebagai cara hidupnya dan penghayatannya maka barulah dikatakan bahawa pemilihannya adalah tepat dan betul. Penyerahan ini adalah penyerahan jiwa dan seluruh pancaindera.Bila wujud perasaan sedar dan penyerahan sebegini rupa, InsyaAllah akan lahir corak kehidupan yang dikehendaki oleh Allah SWT.Di mana Allah SWT akan memimpin, mengatur dan memandu serta menunjuki kita corak-corak kehidupan Islam yang sebenarnya. Wallahu'alam.
:: Islam dan Kehidupan::
:: Siri 1 ::

Asas Keimanan

By : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan seperti bersih daripada syirik Khafi dan riya'.Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwamenggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata, memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah, menambahkan penggantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT.

Bila pengertian iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat.Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, dan ketenangan yang meresap di seluruh jiwa.Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi batin seseorang muslim.Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajuah muslim, sinar dapat dilihat pada orang-orang yang beriman sekalipun kulit Muslim itu hitam atau sawo matang.Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini dapat dirasakan lebih manis dari madu.

Sebahagian dari tanda-tanda lahir kemanisan iman ialah kecintaan seseorang mu'min untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya.Janganlah kita merasa pelim dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana lidah dapat merasa kemanisan makanan.Hadith Rasulullah s.a.w. yang mulia telah menyebut:

" Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman:beliau mengasihi Allah dan rasul-Nya lebih dari segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu tetapi kerana Allah"


Iman adalah kemanisan dan kemanisan tersebut akan bertambah apabila iman tersebut bertambah kuta dan termeteri.

Sebahagian dari iman yang benar dan ibadat yang sah adalah Allah SWT akan mencampakkan ilham dan lintasan-lintasan ke dalam hati mu'min.Ilham dan lintasan hati itu yang akan menyuluh nalan orang-orang yang beriman , menolong dalam menyelesaikan permasalahan dan menolong mencari kebenaran.

Kasyaf adalah juga sebahagian dari kesan iman yang benar.Kasyaf yang dimaksudkan di sini adalah Allah membukakan tabir yang melindungi sebahagiandaripada perkara-perkara yang tersembunyi atau ghaib.Termasuk juga dalam pengertian kasyaf ini ialah mengetahui bisikan hati, niat dan kelemahan sesetengah manusia dengan izin Allah SWT.Kasyaf seperti dikenali sebagai firasat mukmin.Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Takutlah firasat orang-orang mukmin, sesungguhnya ia melihat dengan nur Allah"
Dalam satu athar (kejadian atau kisah yang berlaku pada zaman sahabat) dikisahkan bahawa Saidina Uthman Affan r.a. telah berkata kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya:"Salah seorang di kalangan kamu yang masuk sedangkan kesan zina jelas di antara kedua matanya."Lantas di kalangan yang hadir itu bertanya: "Adakah wahyu turun selepas Rasulullah s.a.w. , wahai Amirul Mukminin?"Soalan ini dijawab oleh beliau dengan katanya:"Tidak malah ia adalah firasat orang mukmin".Kesan zina tersebut yang dilihat oleh Saidina Uthman ialah kesan daripada melihat perkara yang haram, kerana dalam hadith Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah melihat perkara-perkara yang haram.
Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-perkara yang thabit dan pernah berlaku.Kadangkala perkara ini disebut karamah.Karamah adalah satu kebenaran yang mesti diterima dan diakui dan wajib diimani, tetapi tidak harus dijadikan dalil terhadap hukum hakam, kerana dalil hukum hakam hanya terbatas pada Al-Quran dan As-Sunnah serta ceraian-ceraiannya sahaja.Walaupun demikian ilham dan sebagainya bolehlah dianggap sebagai penunjuk jalan untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu, mengetahui perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan hidup; mana yang harus dilakukan atau ditinggalkan.
Sebahagian dari mimpi adalah benar dan sebahagian besarnya adalah karut.Mimpi seseorang yang benar-benar beriman pada ghalibnya adalah benar dan jelas dan memerlukan ta'bir.
Wallahu a'lam.

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP