Wednesday, September 23, 2009

Pengalaman Bertemu Muslim Kanada

Awal Ramadhan tahun ini, Allah telah memilih saya untuk menjadi imam tarawih di sebuah masjid di utara semenanjung. Sudah masuk tahun ketiga saya menjadi imam solat tarawih di sini. Alhamdulillah, ini peluang untuk keluar bersama masyarakat dan mencari mad'u.

Saya rasa puas mejadi imam di masjid ini tahun ini. Bukan puas kerana orang memuji bacaan saya, tapi di samping meneruskan tugas sebagai imam, saya berpeluang berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan seorang muslim Kanada. Bahkan saya juga sempat bertaaruf dengan beberapa orang anak muda di situ.

Sejak tahun lepas lagi, 'tugas' saya di sana terbahagi kepada 2 pakej.
Pakej 1: Mengimamkan solat tarawih
Pakej 2: Beri tazkirah

Sebelum ini hanya ada pakej 1 saja. Mungkin inilah agaknya peluang yang Allah nak beri kepada saya sebagai satu saluran dakwah.
Bertemu dengan seorang muslim Kanada...
Itu satu pengalaman yang menarik. Jarang ada orang yang ingin berkongsi tentang kefahaman Islam dengan kita. Kalau adapun, sedikit sangat ataupun mungkin jarang sangat nak jumpa.
Tapi, 'uncle' ni lain... Oh, maaf lupa perkenalkan dia.

Dia ni dah berumur 50 tahun. Memang asal daripada Kanada. Namanya Shahzad. Dia berada di Malaysia ni dah hampir 2 bulanlah masuk hari ini. Beliau ceritakan yang memang asalnya beliau daripada kecil lagi Islam, tapi tidak pernah mendapat didikan Islam. Hinggalah Allah memberi hidayah pada umurnya ketika itu 40 tahun, maka dia istiqamah dengan Islam yang diperolehi hinggalah sekarang.

Disebabkan 'uncle' ni baru sebulan lebih berada di Malaysia, beliau masih belum dapat berbahasa Melayu. Jadi mau tak mau, inilah masanya untuk 'speaking'.

Banyak perkongsian yang berlaku antara kami (saya, ahmad azhar/azhar helmi) dengan uncle tu. Saya pun tak ingat semua. Tapi antara yang menyentuh hati apabila dia menyebut tentang beberapa perkara tentang umat Islam pada hari ini terutamanya anak-anak muda. Dia kata sepatutnya kita ada pemimpin yang mengamalkan Islam, menghayati ajaran Al-Quran dalam kehidupan untuk memimpin ummat ini.

Katanya lagi, banyak kefasadan dan kehancuran berlaku dalam ummat hari ini berpunca daripada meninggalkan Al-Quran.


Malam-malam akhir di sana, saya bacakan doa qunut serta doa tambahan semasa solat witir. Selepas selesai solat, saya jumpa dia. Dia sebut kepada saya beberapa doa yang perlu saya tambah dalam qunut saya yang menjadi keperluan sekarang iaitu:

1) 128, Al-Baqarah


128. Ya Tuhan Kami, Jadikanlah Kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu Kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada Kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji Kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


2) 201, Al-Baqarah
201. dan di antara mereka ada orang yang bendoa: "Ya Tuhan Kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah Kami dari siksa neraka".

3) 74, Al-Furqan 

74. dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan Kami, anugrahkanlah kepada Kami isteri-isteri Kami dan keturunan Kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.


Selepas itu dia bagi 'perangsang' sikit. Dia kata saya baca qunut ada iras imam Makkah.
Takpalah... Moga-moga Allah jadikan itu satu realiti.(saya harap juga)

Banyak la berkongsi dengan dia.
Dia kata dia ada mesej untuk disampaikan kepada umat Islam di Malaysia. Dia sering sentuh tentang Al-Quran, tentang ayat-ayat Al-Quran bila ber'sembang' dengan kami.
Memang setiap kali jumpa dia, satu ayat Al-Quran yang tak pernah lekang di bibirnya:

"Dan jadikanlah kami imam untuk orang-orang bertaqwa"

Katanya: Al-Quran bukan sekadar memberi khabar gembira syurga, memberi amaran azab neraka, bahkan Al-Quran juga adalah perlembagaan dan perundangan yang lengkap untuk kehidupan manusia. Lihatlah contoh daripada generasi awal Islam yang Allah lakarkan dalam ayat 110 surah Al-Imran yang bermaksud:


110. kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.


Apabila manusia mengambil dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan, maka pastilah akan lahir satu lagi khaira ummah.
Inilah sebuah perkongsian dari hati ke hati. Sedikit sebanyak, dia adalah inspirasi.
Meskipun 10 tahun baru mendapat hidayah Allah, dia ada hajat dan niat yang tinggi untuk meng'islah' ummat ini.
Bagaimana pula kita???
Sudah lama dalam Islam, apa sumbangan kita untuk deen yang mulia ini?
Fikirkan...

0 comments:

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP