Friday, January 2, 2009

Palestin Tanah Airku

Dalam muktamar kelima Ikhwanul Muslimin, As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah mengisytiharkan bahawa tanah air Islam tidak terpisah dan segala usaha pencerobohan terhadap salah satu bahagian darinya bererti pencerobohan terhadap keseluruhannya. Lantaran itu, tidak dapat tidak umat Islam mesti berusaha untuk membebaskan negara yang telah dicerobohi. Menyentuh isu Palestin yang hangat diperkatakan di seluruh dunia, maka marilah kita bersama merasakan tanggungjawab kita terhadap saudara seakidah kita di bumi Palestin sana. Saban hari dibedil dan diancam oleh Zionis. Bukan mereka minta untuk lahir dalam suasana yang sedemikian, namun inilah ujian untuk melihat kesatuan dan ukhwah ummat Islam seluruh dunia. Dengan penuh kerendahan hati, cuba kita tanya pada diri kita, benarkah kita ni muslim dan mukmin sejati? Pernah tak wujud walau secebis rasa dalam hati kita untuk membantu saudara-saudara kita di bumi Anbiya’ ini.

Sewajibnya umat Islam seluruh dunia bersatu padu dan berganding bahu dengan segala kekuatan yang dimiliki untuk merampas semula tanah yang diduduki oleh rejim Yahudi itu secara haram. As-Syahid Imam Hasan Al-Banna telah berkata: ”Kita memperingatkan delegasi-delegasi Islam tentang tipu muslihat Inggeris, kewajipan mengembalikan hak-hak orang Arab secara keseluruhannya dan selepas itu kita akan memperhitungkan dengan pihak Inggeris di dalam negara-negara Islam yang telah dijajahnya dengan zalim. Apa yang diwajibkan oleh Islam ke atas para penduduknya serta kita ialah bersama-sama berusaha membebaskannya.”

Al-Banna pernah menyebarkan sebuah buku bertajuk “al-Nar wa al-dimar fi falastin (Api dan Kemusnahan di Palestin)”. Buku ini mempersembahkan gambaran-gambaran dan dokumen-dokumen jenayah yang dilakukan oleh British terhadap rakyat Palestin yang terbuang. Antara gambaran tersebut ialah pencerobohan Inggeris terhadap rumah-rumah dan beliau menggambarkan mereka mengoyak mashaf al-Quran al-Karim serta memijak-mijak dengan kaki mereka. Beliau menggambarkan kepada mereka hampir lima puluh gambaran jenayah dan penyiksaan. Ini ketika zaman al-Banna. Tapi sudah hampir berpuluh tahun sejak zaman itu, Palestin sekarang tetap dijajah, tapi oleh rejim yang lebih ganas, tiada perikemanusiaan, dan penuh tipudaya. Lihatlah...

Rakyat Palestin yang ditahan sebagai tawanan diseksa dengan cara yang penuh kejam dan mengaibkan. Bukan setakat lima puluh jenis seksaan, bahkan beribu seksaan yang dilancarkan oleh Zionis yang menduduki tanah Palestin terhadap rakyat Palestin. Yang terbaru ini, Palestin terus dibedil tanpa rasa belas dan kasihan. Inilah peristiwa yang mengundang kemarahan umat Islam dunia. Namun, begitulah... Negara-negara jiran yang dahulunya pernah bersatu di bawah satu khilafah kini setelah berpecah, buat tak tahu je dengan jirannya yang dah lama hidup terseksa dan tertindas. Sekian lama, pemimpin negara-negara Arab terus bersekongkol dengan jahiliyah tanpa disedari akidah mereka sebenarnya telah lama diracun sehingga turut menghilangkan belas terhadap saudara seakidah bahkan negara jiran pula tu.

Kembali kepada kisah Al-Banna menyebarkan buku tentang Palestin. Pihak Inggeris telah menjadi marah terhadap Mesir dan mereka memberi amaran kepada kerajaan Mesir supaya menahan penyebaran buku ini serta menahan mereka yang bertanggungjawab menyebarkannya. Akhirnya ibu pejabat Ikhwanul Muslimin dibanjiri oleh polis Mesir dan mereka menjumpai sebanyak lima puluh buku tersebut. Inilah dia, pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara Islam berada di bawah jari telunjuk kaum kuffar. Orang Islam sendiri menerima arahan dari jahiliyah untuk menghancurkan gerakan Islam yang murni.

Pegawai polis telah bertanya siapakah pemilik buku tersebut. Imam Hasan Al-Banna telah tampil dan berkata: “Akulah pemiliknya.”

Pegawai polis tersebut meminta Imam Hasan Al-Banna mengikutnya ke Pejabat Pendakwaan. Seterusnya berlakulah soal jawab bersama Al-Banna seperti berikut:

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu pemilik buku ini?”

Al-Banna: “Akulah pemiliknya.”

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak mengetahui buku ini telah menyerang pelbagai kuasa dan membangkit perasaan marah rakyat terhadap negara jiran dan sekutu di dalam perjanjian?”

Al-Banna: “Aku mengetahui perkara itu. Aku memang bermaksud menentang kuasa-kuasa tersebut dan negara sekutu ini.”

Wakil Pejabat Pendakwaan: “Adakah kamu tidak tahu bahawa undang-undang akan mengenakan hukuman terhadap jenayah ini?”

Al-Banna : “ Ketahuilah, aku tidak akan menghalang jika aku dihadapkan ke mahkamah kerana aku mengakui jenayah ini dan bertekad melakukannya.”

Wakil Pejabat Pendakwaan pun selesai menjalankan penyiasatan tersebut lalu kes diserahkan kepada Timbalan Pengarah Pejabat Pendakwaan untuk mengadilinya. Al-Banna amat menyukai pengadilan kerana ia akan memberi peluang kepada beliau berhadapan dengan kehakiman dan media massa untuk disebarkan pendirian dan idea beliau. Ini dapat dikesan oleh agen-agen Inggeris berdasarkan nasihat ketua-ketua Inggeris mereka dan pemimpin Inggeris di Kaherah. Duta Inggeris telah berkata kepada Timabalan Pengarah Pejabat Pendakwaan selepas membaca hasil siasatan tersebut: Dengan laporan penyiasatan ini, kamu telah membuka satu peluang besar untuk al-Banna tanpa kamu sedari... Lelaki ini akan mampu mentertawakan kamu. Kitab telah pun disebarkan dan telah berada di tanagan orang ramai pada setiap tempat. Apa yang kamu lakukan tidak akan bernilai apa-apa berbanding apa yang telah diedarkan. Cita-cita lelaki ini ialah tampil ke muka pengadilan untuk dijadikan pentas mempertahan dirinya di dalam isu politik ini sebagai satu jalan untuk menyebarkan idea-ideanya, mencaci kita dan mengaibkan kita. Ia akan menyampaikan isi buku tersebut kepada pendengaran mereka yang tidak sampai maklumat tentangnya melalui akhbar-akhbar yang akan bersaing menyiarkan apa yang dikatakannya tentang isu tersebut sepertimana kebiasaaan akhbar dalam isu-isu politik...Laporan penyiasatan ini hendaklah disimpan dan Hasan Al-Banna hendaklah dibebaskan sekarang.

Lihatlah tekad dan wawasan al-Banna dalam mempertahankan isu tentang Palestin. Bersungguh-sungguhnya beliau kerana beliau memahami dan merasakan ikatan akidah antara dirinya dengan saudara-saudara seakidah di Palestin. Lantaran itu, beliau berusaha memberi kesedaran tentang kepentingan membebaskan Bumi Aqsa itu melalui pelbagai wasilah. Keikhlasan dan ketulusan hati Al-Banna terhadap hal ini sebenarnya dipandu oleh iman yang benar. Imanlah yang melahirkan ukhuwah dan rasa kecintaan terhadap saudara seakidah. Marilah bersama kita memuhasabah diri kita kembali. Selama berada di bumi aman ini, pernahkah kita berfikir untuk nasib saudara kita di sana? Kalau dah berfikir, setakat mana usaha semampu mungkin yang telah kita lakukan untuk menyumbangkan bantuan melalui apa cara sekalipun.? Ingatlah, langit tidak selalunya indah, malam tak selalu cerah.....Kadang-kadang malam suram tak berbintang....

(Dedikasi untuk Bumi Palestina)

0 comments:

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP