Saturday, December 22, 2007

Sehari Bersama Muallaf

Beberapa orang ahli Haluan Pulau Pinang telah mengadakan majlis korban bersama dengan beberapa orang muallaf pada hari Jumaat yang lalu iaitu pada 21 Disember 2007 di Balai Islam, Bagan Ajam, Pulau Pinang.Ayah saya adalah salah seorang ahli Haluan yang terlibat dengan majlis tersebut.Maka saya tidak melepaskan peluang ini untuk turut serta dalam proses 'sembelihan' ini.Dua ekor lembu telah 'ditumbangkan' pada pagi Jumaat itu.Kasihan sekali lembu itu.Meronta-ronta.Tapi nak buat macam manakan.Memang ia dah sampai waktunya untuk dikorbankan.Jadi, selepas selesai semua proses; penyembelihan, melapah dan pemotongan daging maka proses yang terakhir sekali adalah memasak.Selepas memasak itulah, sedikit majlis jamuan diadakan.Memang sedap, alhamdulillah!Daging rebus bercicahkan air asam!

Tetapi bukan ini yang saya nak ceritakan sebenarnya.Suka saya ulangi di sini satu kata-kata bahawasanya orang yang berada dalam lombong emas memang tidak akan pernah menghargai emas yang ada bersamanya.Orang yang memang sudah mendapat kenikmatan untuk berada di dalam Islam sejak lahir lagi, mereka tidak akan pernah menghargainya melainkan mereka menyedarinya.Kenapa saya berkata begitu? Apa tidaknya...Melihatkan perbezaan yang amat ketara di antara muallaf-muallaf ini dengan orang Islam yang lain.Pertuturan mereka, pergaulan, kemesraan dan akhlak yang baik.Oleh sebab itulah, orang yang mendapat sesuatu dengan kesenangan, mereka tidak akan pernah tahu menghargainya.Orang yang bersusah-payah dalam mengecapi sesuatu nikmat, mereka pasti akan benar-benar menghargainya.Bagi para muallaf ini, nikmat berada dalam Islam ini merupakan sesuatu yang amat-amat berharga kerana mereka tidak Islam dengan cara yang senang melainkan dengan pengorbanan yang banyak.Yalah, cuba kita fikirkan...Menghadapi keluarganya, kawan-kawannya dan dirinya sendiri.Bukan sesuatu yang mudah.Mungkin bagi kita itu sesuatu yang mudah kerana kita tak pernah merasakan demikian, bukan? Tetapi berbeza bagi diri mereka, itu merupakan satu pengorbanan yang sangat besar.Meninggalkan agama lama semata-mata untuk Islam.Menghadapi cercaan dan penghinaan daripada keluarga dan kawan-kawan.Tetapi bagaimana kita hari ini... Lama sudah berpaut dalam nikmat ini.Bagaimana kita menunjukkan penghargaan kita kerana berada dalam deen yang mulia ini, cara hidup yang jitu dan unggul ini...Wallahu a'lam.

~Tepuk dada tanya iman~
Balai Islam Bagan Ajam,
21 Disember 2007,
Hari Raya Aidil Adha ke-3
(mengikut tarikh wukuf)

0 comments:

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP