Thursday, December 20, 2007

Realiti Hari Ini...

Di suatu hari di sebuah masjid ketika khatib sedang menyampaikan khutbah Aidil Adha...



Kelihatan di satu sudut masjid beberapa orang kanak-kanak sedang seronok bersembang.Entah apa yang disembangkan tu, entahla....

Di satu sudut lain kelihatannya beberapa orang dewasa di masjid itu tersengguk-sengguk sambil tertutup mata mereka, mungkin terlalu khusyuk dan seronok mendengar bicara khatib yang panjang lebar itu sehingga mengangguk-angguk tanda mengiyakannya kebenaran kata-kata khatib itu.



Inilah realiti masyarakat kita pada hari ini.Yang di masjidnya begini.Mari kita perhatikan yang 'di luar' masjid pula.Jikalau kita membuka mata kita seluas-luasnya kita akan mendapati bahawasanya masyarakat pada hari ini hidup dalam keadaan penuh pembohongan dan penipuan.Kegundahan dan ketidaktenteraman.Penipuan???Kegundahan??

Betul ke?Macam mana tu?



"Tak nampak pun macam tu...Tengok negara aman je.Masyarakat pula hidup aman damai.Jenayah sikit2 ala...biasala tu...Tak lengkap satu2 negara tu kalau tak de jenayah."

Ada pula yang kata,"Engko biar betul....Aku kena tipu apenye...Harta melimpah ruah ni...Risau? Ah, risau apenye...Harta banyak, tak kisahla...."

Sampaikan ada yang berkata "Kalau semua nak masuk syurga, sapa nak masuk neraka!Ha..ha..ha!!!" (Nauzubiilahi min zha lik)



Selamatkah kita dengan hanya 'keamanan' negara sekarang, kekayaan yang melimpah ruah serta keseronokan yang sementara?Cukupkah semua itu dapat memberi ketenangan kepada diri kita, boleh membuahkan kebahagiaan selamanya buat diri kita? Ya...tidak dinafikan.Meniti hidup pada zaman kecanggihan teknologi ini memang memerlukan harta (wang). Namun harta itukah yang kita sasarkan sebagai tujuan utama dalam hidup kita?Habis, dah dapat harta banyak nak buat apa...Nak enjoy?Nak joli?atau.....Fikirkanlah...



Sebenarnya membicarakan hal ini memang memerlukan masa yang amat panjang.Namun cukuplah untuk post kali ini saya membicarakan serba sedikit sahaja tentang tajuk ini.Bagi siapa yang memerhatikan dengan mata hatinya, dengan keimanan yang ada padanya, dia pasti akan melihat bahawasanya masyarakat (ummat Islam khususnya) pada hari ini telah ditipu dan diperdaya oleh sistem hidup yang ada pada hari ini.Pemikiran telah dimanipulasi oleh 'kecanggihan' dan kemodenan teknologi.Oleh sebab yang demikianlah, akal dan hati sukar untuk menerima dan menyelami kebaikan deen Islam itu sendiri.Akhlak yang mulia telah menjadi hina dek kerana diperdaya sistem hidup yang tidak benar.Aqidah yang bercanggah dengan apa yang diakui.Mengaku seorang Islam namun melaksanakan tuntutan aqidah yang lain.Apa tidaknya kalau rambut sudah berubah menjadi macam-macam fesyen (style)...budaya rempit di kalangan remaja...dan banyak lagi kelakuan-kelakuan sumbang yang telah melanda umat Islam pada hari ini khususnya.Akibat dibelai dan dipujuk oleh sistem yang ada pada hari ini, masyarakat pada hari ini dengan mudah menerima segala kekusutan yang kesilapan yang berlaku di kalangan mereka sendiri sebagai sesuatu yang biasa.



Bagi yang selalu ke masjid pula, mari kita memerhatikan mereka sejenak...Alhamdulillah, rajin!!!Tapi apa yang dilakukan di masjid???Hakikatnya pada hari ini orang-orang yang rajin ke masjid itu sendiri banyak 'mengisi masa' dengan sembang kosong, merokok dsbgn...Memang bertuah sungguh !!

Itulah masyarakat yang ada pada hari ini.Secara amnya, saya cukup-cukup yakin dan pasti bahawasanya kita semua telah dan pernah memerhatikan hal ini terjadi di depan mata kita.Itulah...dalam melaksanakan kebaikan pun, masih nak buat dosa.Ialah...merokok dalam kawasan masjid, bersembang kosong di dalamnya sedangkan hendak menunaikan solat.

Kecanggihan teknologi pada hari ini sebenarnya tidak boleh hendak disalahkan, namun kelalaian manusia itu sendiri...

(bersambung pada post yang lain)

1 comments:

Unknown December 25, 2007 at 2:09:00 PM GMT+8  

Tarbiyyah melahir pemimpin,
Dakwah merubah masyarakat...

Yakinlah kita dalam jalan ini!

Slide Kehidupan

Palestina | Tanah AirKu

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP